Friday, January 14, 2011

MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?


BUDDY... Hubungan akrab Michael Chia (kanan) dengan Richard Barnes sentiasa kukuh bagi melindungi kegiatan jenayah mereka di Hong Kong.


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

KETIKA Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dihujani pelbagai isu yang mencabar kredibiliti beliau, terutama kemelut dengan Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ‘Lelaki Terkaya di Malaysia’ Michael Chia Tien Foh masih bergantung tali hayat dengan Jabatan Peguam Negara dalam Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan Kes Rasuah di Sabah yang akan disambung lagi selama dua hari mulai hari ini dan esok (13 hingga 14 Januari 2011).

Michael Chia yang memperdaya seorang usahawan tempatan, Datuk Agus Hassan Tan berhubung Skandal Peluamas yang melibatkan nama UMNO Sabah terpalit untuk mendapatkan suapan sejumlah RM3 juta; masih berjaya mengheret Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sehingga tidak menyambung kontrak Mohd Daud Tampokong sebagai Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah.

Pemberhentian Daud sebagai orang paling berkuasa di Yayasan Sabah sedikit sebanyak akan menyebabkan perbicaraan kes berkenaan terganggu kerana Daud menjadi saksi utama yang melibatkan kes rasuah tersebut disebabkan hubungan langsung dengan tertuduh, Michael Chia, yang diperkenalkan Daud sebagai Juruperunding dan Agen Yayasan Sabah bagi semua konsesi di Yayasan Sabah.

Akibatnya, Yayasan Sabah terpaksa menubuhkan Panel Khas untuk mentadbir urus yayasan berkenaan yang terdiri daripada Mohd Hatta Jaafar, Andrew Garcia, Robie Makajil dan Esther Lee.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Peguam Negara telah mengarahkan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morrais melalui telefon agar memaklumkan kepada Hakim Elsie Primus untuk menangguhkan perbicaraan tersebut kerana salah seorang saksi penting, Chong Shak Nyen ingin meminda keterangannya; sedangkan saksi berkenaan tidak tahu menahu dan tidak ada membuat sebarang permohonan; sehingga statusnya sebagai saksi kini akan dijadikan sebagai salah seorang ‘Defendan’.

Dikhabarkan Gani gagal membantu Michael Chia dalam kes Penggubahan Wang Haram di Hong Kong baru-baru ini sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membekukan wang sejumlah RM430 juta, tidak termasuk RM16 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Cek Lap Kok pada 14 Ogos 2008.

Usaha untuk menentang ICAC di mahkamah Hong Kong ternyata gagal kerana tidak ada sebarang pihak muncul mewakili Michael Chia, setelah ada pihak yang berkepentingan bimbang akan menyebabkan pembangkang mempergunakan isu berkenaan pada pilihanraya kecil Batu Sapi.

Usaha untuk mencairkan RM446 juta berkenaan masih terus dilakukan termasuk untuk menggunakan pengakuan palsu Kerajaan Malaysia bahawa wang tersebut adalah wang parti, namun masih menemui jalan buntu setelah jet peribadi yang membawa Michael Chia ke Hong Kong berjaya dipintas ketika operasi besar-besaran menangkap mereka yang terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong sedikit masa lalu.


PERANGKAP.... Michael Chia cuba memerangkap Musa Aman dengan menghantar lebih 10 gambarnya ke Sabahkini.net.


Walaupun Ketua Menteri Sabah mengakui tidak pernah mengenali Michael Chia secara peribadi, namun Michael Chia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengaitkan Musa Aman dengan beliau yang menunjukkan kemesraan mereka sekalipun gambar tersebut merupakan gambar yang dikirimkan kepada Sabahkini.net diambil ketika majlis sambutan Hari Raya.

Bukan sahaja Michael Chia yang bersalaman dengan Musa Aman, malah semua tetamu juga turut bersalam kerana mereka menjadi tetamu di majlis rumah terbuka yang diadakan Ketua Menteri Sabah di kediamannya.

Berjayakah Michael Chia terus berselindung di sebalik nama Musa Aman dan menggantung tali hayat kepada Gani Patail? Jawapannya hanya diketahui Richard Christopher Barnes yang menjadi Pemegang Amanah bagi semua wang yang disimpan di Hong Kong and Shanghai Bank di Central Hong Kong!

30 comments:

  1. kes michael chia ni masih lagi dalam siastan, selagi belum disahkan tak perlulah kita nak membuat sebarang spekulasi.

    ReplyDelete
  2. Biar siasatan selesai dan keputusan yang benar-benar diberikan. kita tidak perlulah membuat andaian sendiri berhubung masalah ini. Kita tunggu dan lihat saja kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Tidak perlulah membuat spekulasi tentang Michael Chia ini. Bikin sakit kepala saja. Lebih baik kita fikirkan tetang keadaan negara kita sekarang ini. Pasal Michael chia itu biar peguam negara yang cuba untuk membantu beliau.

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan lihat tetang Kes Michael Chia ini. Persoalan dalam kes ini akan terjawab nanti.

    ReplyDelete
  5. nampaknya Micheal Chia juga tidak ada bukti kukuh yang boleh mengaitkan KM Sabah dengan jenayah yang dilakukan oleh beliau selain menggunakan gambar2 yang boleh dipertikaikan kebenaran tentang keakraban mereka malah kesahihan gambar tersebut..

    ReplyDelete
  6. Rasanya, isu ni menjadi topik paling popular dalam blog untuk bulan Januari 2011. hehehe

    ReplyDelete
  7. Nampaknya kes ini sangat complicated. Saya harap kes ini dapat dieselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. sementara kes ini masih dalam siasatan, elakkan dari membuat sebarang spekulasi terutamanya berkaitan dengan cubaan mangaitkan pihak lain dalam jenayah ini. biarlah mahkamah dan pihak berkuasa melakukan tugas mereka..

    ReplyDelete
  9. Malah yang menghairankan si MC ni sibuk sangat mengaitkan dirinya dengan MA… Kalau setakat bersalam dengan MA, saya yakin ramai yang pernah bersalam dengan MA juga terutamnya dalam majlis2 rasmi. Jadi bagaimana mungkin isu ini boleh dikaitkan kononnya MC dan MA mempunyai kaitan.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Kebenarannya hanya Tuhan saja yang tahu taoi kalaulah si Richard Christopher Barnes ni muncul dan dedahkan kebenaran…. noktah terus cerita ni:P hehe

    ReplyDelete
  11. Michael Chia ingin mengaitkan dirinya dengan Musa Aman dengan harapan Musa akan membantunya daripada diberkas. Tapi nampaknya cara ini tidak berkesan.

    ReplyDelete
  12. Memang ada banyak orang seperti Michael Chia yang suka mengaitkan diri mereka dengan datuk-datuk, ataupun orang bernama untuk mendapatkan kebaikan daripada mereka.

    ReplyDelete
  13. michael Chia mgkin sengaja kaitkan Musa Aman untuk menyelamatkan diri. namun, ia tk berjaya kerana Musa Aman mmg tak ada kena mengena langsung dgn kes ini.

    ReplyDelete
  14. kes michael Chia adalah kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian ramai pihak.

    ReplyDelete
  15. Anyone can take pics with Musa Aman. Just go to any open house, he be there willingly to take pics with you and that's what Michael Chia did.

    ReplyDelete
  16. Besides, there is no strong evidence that link our CM with Michael Chia. This guy definitely using our CM to get off the hook easily.

    ReplyDelete
  17. Kes ini sangat complicated untuk kita faham. Ini melibatkan negara luar. Undang-undang negara orang lain dengan negara kita. Kes Michael chia ini mungkin menjadi lebih sukar kerana beliau mengaitkan dengan pemimpin negara kita.

    Tapi jika bukti kuat tidak ada salahnya, tapi ini bukti langsung tidak ada untuk menuduh semua itu. Apa pun kita mengharapkan dengan pembelaan dari peguam negara ini akan dapat menyelesaikan dan membantu micheal chia dari kes ini. Kes ini merupakan kes yang sangat besar, maka kita tunggu saja keputusan yang akan diberikan nanti oleh Mahkamah China.

    semoga kita tidak membuat andaian dan khabar angin untuk kepentingan diri sendiri dan orang lain, terutama sekali..Pembangkang..Jika mahu menang PRu lebih baik kita membantu rakyat dan bukan mencari kesalahan orang lain. Kalau cari kesalahan orang lain sekali pun rakyat tidak akan tengok semua itu, yang rakyat mahu lihat adakah pemimpin itu mampu untuk membantu mereka dan memperjuangkan hak mereka. Itu yang rakyat lihat.

    ReplyDelete
  18. "MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?"

    I guess we will just have to wait and see.

    ReplyDelete
  19. Peguam boleh membela sedaya upaya, tapi pada hujungnya hanya hakim yang boleh menentukan.

    ReplyDelete
  20. Serahkanlah kes ini kepada pakar. Kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan kes ini.

    ReplyDelete
  21. dalam kes ini, ia masih lagi dalam siasatan dan kita belum tahu adakah Michael Chia benar2 terlibat dalam skandal ini. kebenaran dalam kes ini akan diketahui jg nnti.

    ReplyDelete
  22. Siapa sebenarnya micheal Chia? Mungkinkah beliau mempunyai satu agenda untuk menjatuhkan Musa Aman?

    ReplyDelete
  23. Tiada kebenaran dalam berita ini.

    ReplyDelete
  24. There is no official announcement on this matter.

    ReplyDelete
  25. Adakah Micharl Chia begitu penting dalam hati kamu semua?

    ReplyDelete
  26. kes ini masih belum selesai lagi. tunggu sajalah hingga selesai nanti.

    ReplyDelete
  27. tidak perlulah membuat andaian sendiri berhubung kes ini.

    ReplyDelete
  28. Elehhh lama lama nanti rakyat malausia akan lupa pasal micheal chia ni...nothing will happen eventually...mcm kata mantan perdana menteri tun dr.mahathir melayu mudah lupa..actually its should be " majority rakyat malaysia mudah lupa " hahahahahahhahahahahahahhahahahhahahahahahahahaha...bengong..hangat hangat tahi ayam ptuiiiiii..

    ReplyDelete