Friday, June 25, 2010

SIMON LING, RAJA PENYELUDUP BALAK?







GEMBIRA....Haiya Apek, (Ting Peck King) manyak sinang hati woo? Itu SPRM dalam tangan. Siapa bulani kacau lu punya anak buah. Tapi apa hat lu kasi tapuk itu 'amoi' dan tolong Mr Underwear? (Gambar latarbelakang rumah Simon Ling, di No 67, Gaya Park, Penampang (berdekatantaman Milek).

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SEBAIK saja mengetahui dirinya termasuk senarai yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai ‘The Touchable Mr. Underwear’; 'Raja Penyeludup Balak, Simon Ling Ding Dieng terus menemui bapa saudaranya, Tan Sri Ting Peck King untuk menyerah diri kepada SPRM.

Daripada kesemua mereka yang diberkas SPRM setakat ini, hanya Simon Ling yang menyerah diri secara sukarela dengan bantuan Tan Sri Ting yang merupakan rakan rapat kepada pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes berkenaan, namun turut dikenakan ikan jamin sejumlah RM50,000 yang didepositkan sebagai salah kaedah siasatan ala siri kartun 'Tom & Jerry'.

Simon Ling yang dikenali sebagai ‘Raja Penyeludup Balak’ kini sedang menjadi ‘Juruperunding’ dan ‘Pelindung’ kepada ‘The Touchable Mr Underwear’ Michael Chia Tien Foh setelah Hashim Lim dan Hendry Voon gagal membersihkan imej kekasih Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap.

Dengan kedudukan Tan Sri Ting Peck King sebagai salah seorang ‘Billionaire’ yang paling dihormati di Malaysia terutama di SPRM; Simon Ling telah berjaya mempergunakan ‘kabel’ bapa saudaranya itu untuk ‘membebaskan ‘Mr Underwear’ daripada cengkaman SPRM yang kemungkinan terpaksa menyediakan “Mahkamah Kangaroo’ untuk membicarakan kes ini.

Simon Ling terpaksa membebaskan ‘Mr Underwear’ kerana menjadi rakan kongsi dalam urusniaga penyeludupan balak daripada kawasan cenuram melebihi 25 darjah iaitu di Konsesi YS307(5) dan YS307(6)B.

BALAK.... Cantuman gambar rumah Simon Ling di Gaya Park dan gambar kayu balak yang diambil daripada pangkalan balaknya di Lalangud, Tawau membuktikan Simon Ling hebat dan tidak berani disentuh oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Polis DiRaja Malaysia.

Kerjasama antara ‘Mr Underwear’ dan ‘Raja Penyeludup’ begitu ketara melalui syarikat Kini Abadi Sdn Bhd yang memonopoli kontrak skau (barging) bagi semua urusan pengangkutan kayu keluaran Yayasan Sabah di Sandakan dan Lahad Datu.

Manakala Imej Berlian Sdn.Bhd pula memonopoli kontrak skau bagi mengangkut semua kayu balak keluaran Yayasan Sabah di Tawau. Imej Berlian pula berpakat dengan Simon Ling yang juga di gelar ‘Raja 007’ untuk menyeludup segala keluaran kayu di kawasan YS4/07, YT2/07, YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3), YS3/07(4), YS3/07(5), YS3/07(6)B (YS3/07(5) dan YS3/07(6)B berdasarkan pemalsuan kawasan pembalakan tanah tinggi dan tidak membayar sebarang royalti balak milik Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah.

Sekitar 2006 YT3/05(1) telah diceroboh oleh Simon Ling Ding Dieng dan sejumlah besar balak dicuri dari kawasan YT3/05(1) dan dipindah ke kawasan Simon Ling Dieng Dieng. Oleh kerana sejumlah besar balak telah dicuri, maka YT3/05(1) telah dijual kepada Simon Ling Ding Dieng dengan harga RM60 juta.

Begitu juga dengan konsesi YS4/07 juga telah dibeli daripada Michael Chia Thien Foh dengan harga RM50 juta.

Simon Ling Ding Dieng juga telah membayar RM100 juta kepada Michael Chia melalui Ngui Ing Chuan untuk kawasan YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3) dan YS3/07(4) dengan keluasan 15,000 hektar. RM100 juta juga telah dibayar kepada seorang peguam kanan sebelum dialihkan ke akaun seorang pemimpin politik di Sabah.

DOUBLE..... Double Chia, Michael dan Rita merupakan tulang belakang kekuatan Simon Ling yang turut meletakkan undang-undang di dalam seluar dalamnya berlatar belakangkan pelan rumah Simon Ling.

Simon Ling Ding Dieng berpakat dengan ‘Mr Underwear’ Michael Chia dan Han's brother dalam gerakerja pengubahan pelan kawasan tanah tinggi (Steep Area) YS3/07(5), YS3/07(6)A dan YS3/07(6)B, sekarang sedang giat menumbang balak di bawah ukur lilit yang dibenarkan termasuk ibu pokok, spesis larangan, pencerobohan tanah tinggi dan simpanan sungai (reparian reserve).

Balak-balak yang ditebang juga diseludup ke kilang-kilang tempatan di Tawau dan sejumlah besar di seludup ke luar negara seperti Vietnam, China dan India dengan kerjasama Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah tanpa sebarang kekangan kerana mereka tersenarai di dalam ‘payroll’nya..

Adalah dipercayai Simon Ling telah membayar USD100 juta kepada Michael Chia, ‘The Touchable ‘Mr Underwear’ untuk kawasan YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B.

Simon Ling Ding Dieng yang terkenal dengan penyeludupan balak terutama mengelak supaya royalti dan kos pembalakan tidak dibayar kepada Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah, tumbangan di bawah ukur lilit (60 cm ke bawah), tumbangan pokok larangan (tengawang), tumbangan lebih saiz (150 cm ke atas), tumbangan rizab reparian dan tanah tinggi begitu hebat dilindungi bapa saudaranya, Tan Sri Ting Peck King, salah seorang tokoh yang kebal daripada SPRM atau ‘The Untouchable of The Untouchable’.

CABUTAN.... Minit mesyuarat Rakyat Berjaya yang memberi 'Tongkat Sakti' kepada Mr Underwear, Simon Ling dan Rita Chia melebarkan empayar mereka sehingga 2013!

Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah telah dibutakan oleh wang Simon Ling yang telah di ‘pelihara’. Kini Abadi Sdn.Bhd dan Imej Berlian Sdn.Bhd yang memonopoli kontrak skau (barging) juga telibat dalam penyeludupan kayu kayu ke kilang-kilang tempatan dan export ke luar negara.

Rita Chia, kakak kepada ‘Mr Underwear’ merupakan Pengarah Urusan Imej Berlian telah memainkan peranan penting menolong Simon Ling dalam proses penyeludupan kayu balak bulat ke luar Negara dengan memalsukan semua dokumen termasuk jenis dan saiz kayu. Agenda penyeludupan ini dibuat secara professional supaya semua kegiatan tidak terbongkar !

Antara kup pembalakan yang telah diceroboh secara haram tetapi ‘dengan izin’ pegawai Kanan Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan oleh Simon Ling dari 2005 sehingga sekarang ialah YT3/05(1), YS2/06, YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3), YS3/07(4), YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B, YS4/07 dengan keluasan 50,000 hektar.

Kesemua kawasan hutan simpan yang diserang oleh Simon Ling kini ibarat Gurun Sahara! Namun anehnya, Simon Ling tidak pernah disentuh oleh sebarang penguatkuasa dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan ‘Mr Underwear’ menjual nama pemimpin UMNO termasuk daripada Kuala Lumpur untuk menyelamatkan diri mereka masing-masing.

Monday, June 21, 2010

PERMOHONAN KERAKYATAN ‘MR UNDERWEAR’ DITOLAK!






Written by Admin
Monday, 21 June 2010 21:39

BOREK…. Bapa borek anak rintik. Mr Underwear (kiri) mewarisi kehebatan bapanya ‘membeli’ orang dan menjalankan operasi gelap. Kiri sekali Chan Mun Bang @ Sai Pao yang dikeluarkan waran tangkap oleh SPRM berlatar belakangkan gambar terbaru Kiki Yap daripada Toulouse, Peranchis.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

WALAUPUN ‘The Touchable Mr Underwear’, Michael Tien Foh yang selama ini berbangga dengan prinsip ‘Ada Wang Semua Boleh Jadi’ dan berjaya membeli Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan memilik peribadikan semua hutan simpan di Sabah; namun tidak mampu membeli kerakyatan Australia.

Laporan bertubi-tubi Sabahkini.net telah mensirnakan peluang Mr Underwear untuk menjadi ‘Warga Australia’ sebagaimana kejayaan yang ditempa oleh rakan subahatnya dalam Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan, Ngui Ing Chuang dan Freddy Lim Nyuk Sang.

Menurut maklumat daripada koresponden Sabahkini.net di Melbourne, permohonan kewarganegaraan, termasuk taraf penduduk tetap ‘Mr Underwear’ sekeluarga telah ditolak oleh Kerajaan Australia kerana rekod buruk beliau dalam kes jenayah serantau terutama setelah kes penangkapan beliau di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 disiarkan secara meluas di Australia.

Walaupun kedua anaknya, Chia Chee Chun dan Chia Nyet Phin telah dipindahkan ke ke Melbourne dan bersekolah di sana, namun Kerajaan Australia tetap menolak permohonan ‘Mr Underwear’ dan isterinya Yap Loo Mein; sekalipun Ngui dan Freddy memberikan sokongan sepenuhnya.

Bagaimanapun Sabahkini.net masih menyiasat sama ada kesemua wangnya yang disimpan di Hong Kong dan Singapura yang bernilai lebih USD8 billion berjaya dipindahkan ke bank Australia atau tidak; belum dapat dikenalpasti ekoran penolakan kewarganegaraannya oleh Kerajaan Australia.

Sehingga kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membekukan sebarang harta ‘Mr Underwear’ yang disimpan di dalam dan di luar negara, sekalipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya membekukan sejumlah USD137 juta daripada $16 juta dollar Singapura yang dirampas daripada ‘Mr Underwear’ ketika cuba menyeludup keluar wang tersebut melalui Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008.

Kejayaan ICAC ini amat memalukan SPRM yang tidak dapat menyentuh walau ‘satu sen dibelah tujuh’ wang dan harta ‘Mr Underwear’ kerana budaya kerja ICAC begitu mengkagumkan apabila dapat mengesan kegiatan ‘Mr Underwear’ menyerbu semua ‘Money Changer’ untuk membeli wang kertas dominasi $10,000 dollar Singapura kerana kecanggihan rangkaian pengawasan sehingga berjaya menangkap ‘Mr Underwear’ bersama $16 juta dollar dalam ‘briefcase’ Louis Vutton kesukaannya.

Dalam pada itu, SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Gundik ‘Mr Underwear’, Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap yang kini dipercayai masih bersembunyi di sebuah rumah mewah di Toulouse, Peranchis.

SPRM turut menangkap semula Andrew Lim Nyuk Foh yang dibebaskan sebelum ini dan dikehendaki melapor diri setiap hari di Ibu Pejabat SPRM kerana SPRM tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan; apatah lagi jet yang didaftarkan atas namanya digunakan untuk menyeludup keluar ‘Mr Underwear’ ke Hong Kong sebelum dipintas jet pejuang TUDM dan dipaksa mendarat di KLIA.

Sementara itu, Krew Sabahkini.net di Sandakan berjaya merakam perbualan bapa ‘Mr Underwear’, Chia Nyet Min (pelat Cina) dengan seorang rakannya seperti berikut;

“lulu waktu tok mat, maika piala natuk abu tilus naik no.1. Sudah bilanja 20-30m. tak tau apa hal sikalang dia kena tangkap. tak patut lah. haiya simua mau lui lah. kasih banyiak takut . dapat banyiak lui. nanti lu tengok simua tak ala hal..lui punya hal lah. lu olang tiak tau politik”.

Thursday, June 17, 2010

SPRM BEBASKAN 'THE TOUCHABLE UNDERWEAR' HARI INI






Written by Admin
Friday, 18 June 2010 00:31

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

RAJA Penggubahan Wang Haram Asia yang sebelum ini dikenali sebagai ‘The Untouchable’ dan diturunkan status Mafianya sebagai ‘The Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh telah dibebaskan setelah sepuluh hari dalam tahanan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Mr Underwear yang dibebaskan sekitar jam 10 pagi tadi masih berada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi dipercayai terpaksa membayar wang jaminan tunai sebanyak RM100,000 kepada SPRM sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun gundiknya, Yap Wai Lin @ Kiki Yap masih diburu SPRM kerana belum menyerah diri sekitar jam 8 malam tadi dan dipercayai masih bersembunyi di Peranchis sekalipun SPRM meminta bantuan Interpol untuk mengesan ‘The Incredible’ Kiki Yap.

Mr Underwear telah diberkas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008 ketika cuba menyeludup keluar wang sejumlah $16 juta dollar Singapura dalam briefcasenya ketika mahu menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sejak daripada itu, Mr Underwear menjadi cukup popular sehingga peminatnya membuat blog khas, http://duntouchable.blogspot.com untuk merakamkan seluruh kejayaan 'Mr Underwear' selama ini.

Persoalannya, siapakah target SPRM seterusnya kerana antara mereka yang dikehendaki ialah Pengurus Besarnya, Frank Han Kang Kong; Akauntannya Lim Sie Eng; Pengawal Akaun Peribadinya, Thomas Yong selepas seorang akauntannya, Wong Siau Yee diberkas SPRM pada 8 Jun 2010 lalu?

Namun berita yang amat mengejutkan diterima daripada Koresponden Sabahkini.net di Keningau, bahawa sekitar jam 3 petang tadi Ketua Pengawal Peribadi Mr Underwear, Chan Mun Bang @ Sai Pao yang sebelum ini pernah dipenjara selama empat bulan di Peranchis kerana kes penipuan Kad Kredit; kini berada di Tambunan untuk bersembunyi di sebuah rumah yang agak terpencil kerana beliau turut diburu SPRM kerana terlibat dengan rangkaian penggubahan wang haram, kongsi gelap dan along.

Tuesday, June 15, 2010

THE TOUCHABLE UNDERWEAR DIREMAN 5 HARI LAGI





Written by Admin
Monday, 14 June 2010 16:32

BEBAS.... Mampukah Mr Underwear menumpaskan SPRM yang diketuai oleh Pak Abu setelah berjaya menjinakkan 'Tok Mat' sejak 2008?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MAHKAMAH Majistret Putrajaya hari ini meluluskan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung tahanan reman ‘THE Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh bagi tempoh lima hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.

‘Mr Underwear’ yang ditangkap selepas Skuad Jet Pejuang F 16 TUDM memintas jet peribadinya yang dalam penerbangan ke Hong Kong dan dipaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Jun 2010 adalah yang pertama ditahan melebihi lima hari setakat ini.

Lanjutan tahanan reman ini menyebabkan keluarganya yang berkampung di luar Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, Melvin Yeap dan John Chia terpaksa terbang kembali ke Sandakan melalui penerbangan jam 3.25 petang tadi; bagaimanapun 15 pengawal peribadinya masih kelihatan berlegar di kawasan letak kereta berdekatan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sehingga kini, SPRM masih memburu gundik Mr Underwear, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap yang dipercayai berada di Sicily atau di Toulouse Peranchis kerana kali terakhir menggunakan kad kredit di sebuah restoran di Les Jardins de l'Opéra yang terletak di Toulouse.

Walaupun hampir kesemua rangkaian yang disyaki terlibat dengan Mr Underwear telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM50,000 seorang, namun SPRM masih belum membuat sebarang pengumuman atau kenyataan akhbar berhubung kes berprofail tinggi ini.


PENYATA BANK 'MR UNDERWEAR' MICHAEL CHIA





Written by Admin
Tuesday, 15 June 2010 15:26

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

'THE Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh mungkin tidak sehebat mana jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau pergerakan beliau sejak 2005 ketika mula menjadi Jutawan Balak kerana ketika itu pendapatan bulanannya sekitar $10 juta Singapura, namun kini 'Mr Underwear 'salah seorang terkaya yang tidak tersenarai dalam The Guinness World Of Book Records atau Fortune 500.

Berikut adalah Penyata Bank, Akaun Semasa SGD 143-020337-496; Akaun Simpanan USD 260-390307-270 dan Akaun Simpanan SGD 041-458944-060 yang menggunakan alamat rumah The Underwear di Singapura iaitu 122, Jurong East ST 13, #09-37, Singapore 600122 bagi beberapa bulan terpilih 2005. (Penyata seterusnya dan terkini akan dikeluarkan secara berperingkat).

Sunday, June 13, 2010

SPRM BERJAYA LUCUTKAN GELARAN MR UNDERWEAR!





Written by Admin
Sunday, 13 June 2010 11:30


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya baru, Datuk Abu Kassim Mohammad dan regu hebatnya, Datuk Mohd Shukri Abdull telah berjaya melucutkan gelaran ‘Mr Underwear’, ‘The Untouchable’ Michael Chia Tien Foh kepada ‘The Touchable Underwear' selepas berjaya menangkap penjenayah ini pada 9 Jun 2010.

Michael Chia yang dikenali sebagai ‘Mr Underwear’ dihampir kesemua Pusat Hiburan atau Karaoke yang dikunjungi kerana mendakwa seluar dalamnya berharga RM2,000 sebagai taktik untuk memancing GRO menjalinkan hubungan seks dengannya; dalam masa yang sama diberi gelaran ‘The Untouchable’ oleh semua pembalak di Sabah kerana gagal disentuh oleh SPRM, sejak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong bersama $16 juta dollar Singapura pada 14 Ogos 2008.

Operasi bersepadu memburu dan memberkas ‘The Untouchable’ begitu hebat seolah-olah dalam skrip filem Hollywood dan siri X-Files kerana SPRM menggunakan pelbagai cara termasuk meminta bantuan Jet Tentera Udara Di Raja Malaysia F16 memintas jet peribadi Falcon 20 yang membawa ‘The Untouchable’ daripada Lapangan Terbang Sandakan ke Hong Kong dan berjaya memaksa jet berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja mendarat, jet berkenaan diserbu pegawai SPRM yang terlatih dalam bidang membanteras keganasan dan terus menggari ‘The Untouchable’ yang berkot biru tua sebelum dibawa dengan sebuah kenderaan Fortuna dan diiringi dengan beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggangi pegawai SPRM ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Brief case kelabu Luis Vutton (LV) milik ‘The Touchable’ yang mengandungi sejumlah wang yang dipercayai akan dibayar kepada Pegawai Turus di Jabatan Peguam Negara Malaysia yang menunggu di Hong Kong; turut dirampas dan jet berkenaan digeledah untuk mengesan jejak tidak bertapak Yap Siaw Lin yang dipercayai telah berlepas ke luar negara sebaik sahaja diberitahu salah seorang pegawai SPRM yang belot.

‘The Untouchable’ yang kini menjadi ‘The Touchable’, kelihatan gelisah kerana seorang Pegawai Turus daripada Jabatan Peguam Negara menunggunya di Hong Kong untuk menemui Peguam Negara Hong Kong dan Hakim yang akan membicarakan kesnya untuk menggugurkan kes tersebut setelah ‘The Untouchable’ sanggup mengeluarkan USD 1 Billion daripada simpanannya sebagai ‘pampasan’.

Mungkin agak menghairankan kenapa SPRM tidak mengetahui seorang Pegawai Turus daripada Jabatan Peguam Negara boleh terbang ke Hong Kong untuk menemui ‘The Touchable’ sedangkan pada masa yang sama mereka berjaya memberkas hampir kesemua rangkaian utama ‘The Touchable’ di Malaysia, melainkan seorang gundik, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap yang berjaya melarikan diri ke luar negara ketika 20 pegawai SPRM dalam penerbangan ke Sabah.

Sejak daripada tarikh ‘The Touchable’ ditangkap, berpuluh pengawal peribadinya berkampung di luar bangunan SPRM tanpa berani diganggu oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas dan polis enggan bertindak walaupun laporan dibuat dengan alasan mereka tidak berbahaya dan hanya menunggu pembebasan ‘The Touchable’.

Kesemua lima belas orang pengawal peribadi ‘The Touchable’ yang bersilih ganti ‘mengawal’ Ibu Pejabat SPRM dikenali sebagai Chan Mun Bang @ Sai Pao, Raymond Chau, John Sia, Melvin Yip dan beberapa samseng daripada rangkaian Kongsi Gelap; berkemungkinan besar boleh menyerbu SPRM untuk membebaskan ‘The Touchable’ dan menyeludup beliau keluar negara ketika ‘The Touchable’ dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk tahanan reman atau ketika ditahan di Ibu Pejabat SPRM yang hanya dikawal oleh beberapa pegawai SPRM yang bersenjata pistol.

Media utama termasuk TV3 yang dimaklumkan kehadiran pengawal peribadi ‘The Touchable’ enggan membuat liputan atau merakamkan gambar kerana bimbangkan keselamatan mereka dan ada media yang menganggap aduan awam sebagai laporan palsu.

‘The Touchable’ dijangka dibebaskan esok kerana tempoh tahanan reman lima harinya tamat pada Isnin, melainkan jika SPRM masih memerlukan khidmat beliau untuk membantu siasatan kerana kes ini diklasifikasikan sebagai ‘Kes Berprofail Tinggi’.

Kelmarin, rangkaian ‘The Touchable’, Loh Man Heng, Dinasour Chong Shiak Nyen, Datuk Nasir Yeo Guan Hock, Azlan Yeo, Yap Loo Mien, Wong Siau Yee, Peguam Kanan Richard Christopher Barnes yang diberkas pada 8 Jun 2010 dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM50,000 yang didepositkan setiap seorang.

Sebelum ini, semua rangkaian ‘The Touchable’ seperti Ngui Ing Chuang, Andrew Lim, Freedy Lim, Admond Looh, CL Tan dan Simon Ling Ding Dieng yang berjaya diberkas SPRM dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 tunai setiap seorang sementara menunggu tarikh mereka didakwa di mahkamah yang dijadualkan penghujung Jun 2010 sebelum kes ‘The Touchable’ disebut di Mahkamah Hong Kong pada pertengahan Julai 2010.

Saturday, June 12, 2010

SPRM BURU KIKI YAP, QUEEN OF INCREDIBLE?





Written by Admin
Saturday, 12 June 2010 23:01

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

‘QUEEN of Incredible’, gelaran yang diberikan kepada Gundik ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap kini menjadi buruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah kesemua tahanan reman pada 8 Jun 2010 dibebaskan melainkan ‘The Untouchable’ yang masih ditahan untuk siasatan di Putrajaya kerana tahanan remannya bermula pada 10 Jun setelah ditangkap pada 9 Jun 2010.

Dalam operasi khas SPRM daripada Putrajaya, mereka berjaya menahan Loh Man Heng; ‘Dinasour’ Chong Shiak Nyen; Datuk Nasir Yeo Guan Hock dan anaknya, Azlan Yeo Guan Hock; Peguam Kanan Richard Christopher Barnes; isteri ‘The Untouchable’ Yap Loo Mien dan pengawal peribadinya, Wong Siau Yee.

Kesemua mereka ditangkap bagi membantu siasatan terhadap penglibatan mereka dalam rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan setelah 'The Untouchable' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008 bersama $16 juta Dollar Singapura dalam ‘brief-case’nya.

Kiki Yap adalah nominee terbesar ‘The Untouchable’ yang dipercayai memegang lebih USD 4 Billion dalam akaunnya di Singapura, Hong Kong dan Australia hasil daripada kegiatan haram berkenaan.

Mantan GRO di Gin Star Karaoke, Sandakan ini sering melancong ke luar negara dan berdasarkan maklumat daripada koresponden Sabahkini.net yang kebetulan berada di Itali berjaya merakam gambar Kiki Yap yang sedang melancong di Eropah, Mediteranean dan Amerika; dipercayai telah membuat persediaan untuk melarikan diri setelah seorang pegawai SPRM membocorkan rahsia beliau akan ditangkap bersama rangkaian ‘The Untouchable’.

Dalam keadaan ‘The Untouchable’ masih disoal siasat SPRM, Kiki Yap terpaksa bersembunyi di sebuah rumah mereka di Sicily kerana dipercayai SPRM meminta bantuan daripada Interpol untuk menjejak Kiki Yap yang amat dikehendaki SPRM kerana semua harta ‘The Untouchable’ berada di dalam gengaman ‘The Incredible Queen’.

Sehingga kini, hanya USD137 juta yang berada dalam Hong Kong Central Bank sahaja yang dibekukan ICAC, manakala selebihnya telah dipindahkan ke beberapa akaun proksi dan nominee termasuk pengawal peribadi dan pemandu ‘The Untouchable’.

Berjayakah Kiki Yap melarikan diri daripada cengkaman SPRM dan menyelamatkan semua wang hasil penggubahan wang haram ‘The Untouchable’ di luar negara?

Friday, June 11, 2010

SPRM KERJA SAMBIL TIDUR; MICHAEL CHIA TIDUR TAPI WANGNYA BEKERJA?





Written by Admin
Friday, 11 June 2010 23:37

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

SEPANDAI-PANDAI ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh melarikan diri daripada perangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bantuan ‘broker’ Henry Voon dan Hashim Lim, akhirnya beliau diberkas pada 9 Jun 2010 setelah gagal memasuki Singapura dengan Jet peribadi yang disewa khas daripada Sandakan pada 8 Jun 2010.

Walaupun ‘The Untouchable’ gagal diberkas dalam serbuan pada jam 10.30 pagi, 8 Jun 2010, namun isterinya, Yap Loo Mien yang dilaporkan mempunyai lebih USD 100 juta di sebuah bank perdagangan di Hong Kong hasil daripada operasi haram Skandal Penggubahan wang haram dan membiayai keganasan turut ditahan SPRM.

Namun gundiknya, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap berjaya melepaskan diri keluar Negara kerana ketika serbuan beliau sudah terbang ke Itali untuk melancong dengan wang hasil operasi haram The Untouchable.

Terdahulu, dalam operasi khas SPRM yang diperkasa oleh lebih 20 orang pegawai SPRM daripada Putrajaya, mereka berjaya menahan Loh Man Heng; ‘Dinasour’ Chong Shiak Nyen; Datuk Nasir Yeo Guan Hock dan anaknya, Azlan Yeo Guan Hock; Peguam Kanan Richard Christopher Barnes; isteri ‘The Untouchable’ Yap Loo Mien dan Wong Siau Yee.

SPRM telah berjaya mendapat perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya untuk menahan kesemua mereka termasuk ‘The Untouchable’ selama 5 hari daripada tarikh mereka ditangkap bagi membantu siasatan terhadap penglibatan mereka dalam rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan setelah 'The Untouchable' berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008.

Dipercayai, tangkapan besar-besaran dilakukan oleh SPRM bagi mengelakkan Malaysia dimalukan apabila Kes ‘The Untouchable’ dibicarakan di Mahkamah Hong Kong pada bila-bila masa; dijadualkan pada Julai 2010 setelah tertunda beberapa kali kerana masalah teknikal dan saksi.

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa 'The Untouchable' hidup mewah daripada operasi haram dan gagal disentuh SPRM sehingga timbul pepatah Melayu Bandar, 'SPRM Kerja Sambil Tidur, Michael Chia Tidur Tetapi Wangnya Bekerja'.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka akan didakwa di mahkamah sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa satu atau dua minggu daripada sekarang bagi mengelak integriti SPRM tergelincir akibat perbicaraan kes ‘The Untouchable’ di Mahkamah Tinggi Hong Kong kerana melibatkan ramai peniaga dan pemimpin politik tempatan.

Tetapi amat mengejutkan apabila seorang pengawal peribadi The Untouchable yang bernama Chan Mun Bang @ Sai Pao mengatakan;

“Boss saya tidak takut kerana dia banyak wang. SPRM ada Dua Team. UMNO ada Tiga Team. Selepas dibebaskan lima hari daripada tahanan, ‘orang besar’ mau hambur RM1 billion. Siapa boleh tahan?,” ujar Sai Pao kepada wartawan Sabahkini.net di Sandakan selepas ‘The Untouchable’ ditahan SPRM.

Bagi memudahkan pembaca mengikuti Skandal ‘The Untouchable’ secara terperinci, sila taip ‘Michael Chia’ di ruangan ‘Search’ di bawah banner Sabahkini.net.


MISTERI KEHILANGAN NASIR YEO MUNGKIN TERJAWAB?





Written by Admin
Thursday, 10 June 2010 09:39

MISTERI.... Siapakah lelaki berambut putih yang membelakangi kamera kerana beliau salah seorang yang ditangkap SPRM?. Chong Siak Nyen berbaju T merah putih sedang melalui pemeriksaan keselamatan Lapangan Terbang Sandakan.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MISTERI kehilangan Jutawan Bankrap, Datuk Nasir Yeo Guan Hock (lihat muka surat 878 dalam Warta Kerajaan) daripada Sandakan mungkin terjawab melalui gambar ini yang dikirim oleh Krew Sabahkini.net yang kebetulan berada di Lapangan Terbang Sandakan ketika ‘Dinosour’ Chong Siak Nyen diiring menaiki pesawat MH 3092 selepas ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada selasa (8 Jun 2010).

Walaupun gambar lelaki berambut putih tersebut membelakangi kamera, namun dipercayai ianya kelibat Nasir Yeo yang dikawal ketat Pegawai SPRM daripada Putrajaya yang memberkas Chong dan Loh Man Heng (tidak sempat dirakam jurugambar kerana dibawa masuk lebih awal).

Nasir Yeo adalah salah satu rangkaian terbesar Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh amat dikehendaki SPRM, namun dilaporkan ‘hilang’ selepas jet yang disewa khas berlepas daripada Lapangan Terbang Sandakan menuju Singapura.

Bagaimanapun gambar yang dikirim oleh Krew Sabahkini.net di Sandakan menimbulkan terlalu banyak misteri yang belum terungkap, apatah lagi kelihatan begitu ramai suku sakat ‘The Untouchable’ Michael Chia termasuk seorang pengawal peribadinya yang kelihatan dikawal beberapa lelaki yang dipercayai pegawai SPRM.

BINGUNG.... Lelaki bertanda X dan keluarga Michael Chia ini bingung kerana dikawal ketat pegawai SPRM di Lapangan Terbang Sandakan kerana mereka dipercayai turut ditahan untuk membantu siasatan.

KAWAL.... Lelaki yang berbaju coklat adalah sama dengan lelaki bertanda X dalam gambar di atas adalah salah seorang pengawal peribadi yang digaji oleh Michael Chia (menutup muka dengan kertas).

Sebelum ini, Peguam Kanan, Richard Christopher Barnes dilihat keluar bersama lima orang pegawai SPRM daripada pejabatnya di Wisma Pendidikan bersama lima kotak fail pada jam 12.30 tengah hari 8 Jun 2010; setelah lima pegawai SPRM dilihat memasuki Wisma Pendidikan pada jam 10.30 pagi dan sehingga ke hari ini belum kembali ke pejabatnya.

Menurut sumber SPRM, Richard ditahan untuk membantu siasatan bagi melumpuhkan rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dikendalikan ‘The Untouchable’ di Singapura, Hong Kong dan Australia dan bukannya dijadikan tertuduh sebagaimana yang diwar-warkan.

Dalam pada itu, Sabahkini.net dimaklumkan bahawa SPRM masih memburu ‘The Untouchable’ tetapi anehnya kenapa SPRM tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap ‘The Untouchable’ Michael Chia sehingga terpaksa menunda perbicaraan kes rasuah yang dijadualkan pada hari ini dan esok (10-11 Jun 2010) setelah salah seorang tertuduh dan saksi perbicaraan tersebut, Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen diberkas SPRM pada jam 10.30 pagi, 8 Jun 2010 sebelum diterbangkan terus ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur

'THE UNTOUCHABLE' TERLEPAS, DUA RAKANNYA DIBERKAS?





Written by Admin
Tuesday, 08 June 2010 23:24

KHIANAT.... Dinasour Chong (tengah), ‘The Untouchable’ Michael Chia dan Loh Man Heng yang merupakan tiga sekawan sebelum membawa haluan masing-masing setelah dikhianati Michael Chia.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

‘THE Untouchable’ Michael Chia Thien Foh, dikhuatiri telah melarikan diri bersama Datuk Nasir Yeo Guan Hock ke Singapura dengan sebuah jet khas pada awal pagi tadi daripada Lapangan Terbang Sandakan; ketika pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas dua orang kanannya, Loh Man Heng dan ‘Dinasour’ Chong Siak Nyen.

Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen telah diterbangkan ke Kota Kinabalu dengan kawalan ketat lima orang pegawai SPRM daripada Putrajaya dengan Penerbangan Malaysia MH 3092, pada jam 11.05 pagi sebelum dibawa ke Kuala Lumpur pada petang tadi.

Bagaimanapun sehingga jam 10.00 malam tadi, sepuluh orang pegawai SPRM masih memburu Michael Chia dan keluarganya, namun gagal menemui mereka dan menurut sumber yang dipercayai, Michael Chia dan keluarganya diseludup ke Singapura dengan jet peribadi yang disewa khas setelah mengetahui beliau akan diberkas pagi tadi.

Dalam pada itu, seorang peguam kanan turut dikunjungi lima orang pegawai SPRM sekitar 10.30 pagi serentak dengan masa Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen ditangkap.

Kelima-lima pengawai SPRM berkenaan kelihatan keluar daripada pejabat guaman tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari dengan membawa banyak fail dan peguam berkenaan bersama mereka dan peguam tersebut tidak kembali selepas jam enam petang kerana dipercayai diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Loh Man Heng dan Michael Chia telah dituduh secara bersama di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda kerana menipu Chong Siak Nyen.

Namun penahanan terbaru mereka dipercayai ada hubung kait dengan kes skandal penggubahan wang haram dan membiayai keganasan yang didalangi ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh.

Wednesday, June 2, 2010

SIMON LING ‘THE INVISIBLE MAN’?





Written by Admin
Wednesday, 02 June 2010 10:02

Oleh: HASHIM KAU TIAM

PENANGKAPAN ‘olok-olok’ Simon Ling Ding Dieng, jutawan balak yang digelar ‘The Invisible Man’ (Halimunan) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama dua malam untuk tujuan siasatan tidak memberikan sebarang gugatan kepada rangkaian ‘The Untouchable of The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh.

Walaupun SPRM memulakan gerakan memungut koleksi ‘tertuduh’ dengan penahanan Ngui Ing Chuang yang mengheret kepada penangkapan, Andrew Lim, Freedy Lim, CL Tan dan Admond Looh, namun semua berjaya menyelamatkan diri masing-masing dan tidak melibatkan tokoh politik Sabah dan ‘The Untouchable’.

Arahan pengistiharan harta yang dikeluarkan oleh SPRM sekadar tiket saman yang dikeluarkan oleh PDRM terhadap mereka yang salah meletak kenderaan; tidak diendahkan malah tidak berjaya menggentarkan tokoh politik dan rangkaian ‘The Untouchable’ yang hidup kaya raya dengan hasil penggubahan wang haram dan membiayai keganasan.

Paling mengejutkan, tindakan Dato’ Admond Looh yang membayar USD100juta untuk mendapat konsesi pembalakan daripada rangkaian ‘The Untouchable’ di kompartmen Yayasan Sabah YT3/05(1), YT3/05(2) dan YT3/04 di Kalabakan, Tawau kepada seorang pemimpin UMNO Sabah melalui akaun anaknya di Credit Suisse, Singapura tidak langsung direkod SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap ‘Raja Balak’ tersebut.

Admond Looh sebelum ini berjaya melepaskan diri dan menjadi kawan rapat kepada seorang pegawai kanan SPRM yang menyerbu Keningau dalam Operasi Membanteras Balak Haram, namun tidak mengharamkan operasinya menebang balak di bawah atau melebihi ukur lilit; kini menjadi ‘Raja Balak’ yang tiada tandingannya di Sabah.

Rakan rapat Admond, Simon Ling Ding Dieng yang berasal daripada Sarawak yang menggunakan imuniti ‘The Untouchable’ telah menceroboh konsesi YT3/05(1) sekitar 2006 dan mencuri sejumlah besar balak daripada kawasan berkenaan dan berjaya memadamkan bukti dengan memindahkan semua balak yang dicuri ke kawasan Simon Ling Dieng Dieng.

Oleh kerana sejumlah besar balak telah dicuri, maka ‘The Untouchable’ telah menjual Kompartment YT3/05(1) kepada Simon Ling Ding Dieng dengan harga RM60 juta sahaja; di samping Kompartmen YS4/07 juga turut dilupuskan kepadanya dengan harga RM50 juta.

Simon Ling Ding Dieng juga dikesan telah membayar RM100 juta kepada ‘The Untouchable’ Michael Chia melalui ‘Tai Ko’ Ngui Ing Chuan untuk kawasan konsesi YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3) dan YS3/07(4) dengan keluasan 15,000 hektar. RM100 juta juga telah dibayar kepada seorang peguam kanan sebelum dialihkan ke akaun seorang pemimpin politik di Sabah.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Simon Ling Ding Dieng juga berpakat dengan ‘The Untouchable’ dan Han's bersaudara dalam gerakerja memalsukan pelan pembalakan kawasan tanah tinggi (Steep Area) di YS3/07(5), YS3/07(6)A dan YS3/07(6)B.

Kini kawasan konsesi berkenaan sedang giat dibalak tanpa sebarang kawalan daripada Jabatan Perhutanan Sabah kerana kayu balak di bawah atau melebihi ukur lilit ditebang secara wewenang; sekalipun bantahan demi bantahan disuarakan NGO dan pemimpin politik; namun Pengarah ‘Samseng’ hanya menutup mata dan meluluskan kawasan berkenaan dibalak atas arahan ‘The Untouchable’.

Balak-balak yang ditebang daripada kawasan tanah tinggi, rizab sungai boleh dilihat dengan jelas di Pangkalan Balak Lalangud, Tawau dan kebanyakan kayu dibawah ukur lilit diseludup ke kilang-kilang tempatan di Tawau untuk diproses dan dihapuskan bukti kerana mengetahui kelemahan SPRM yang enggan menjadikan ‘tunggul kayu’ di kawasan konsesi sebagai ‘bukti’ kerana borang Timber Disposal Permit (TDP) begitu mudah dipalsukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan yang menerima gaji daripada Simon Ling dan rangkaian ‘The Untouchable’.

Sejumlah besar spesis larangan seperti ‘Belian’ dan ‘ibu kayu’ telah dikategorikan semula sebagai ‘OT’ sebelum diseludup ke luar negara seperti Vietnam, China dan India melalui skaw milik ‘The Untouchable’ dan Kapal milik Yayasan Sabah.

Adalah dipercayai Simon Ling telah membayar USD100 juta lagi kepada ‘The Untouchable’ untuk kawasan konsesi YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B dan wang tersebut kemudian disalurkan kepada seorang pemimpin UMNO Sabah!

Simon Ling Ding Dieng, ‘The Invisible Man’ memang terkenal dengan penyeludupan balak kerana bijak mengelak royalti supaya royalti dan kos pembalakan tidak dibayar kepada Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah bagi tumbangan di bawah ukur lilit (60 cm ke bawah), tumbangan pokok larangan (tengawang), tumbangan lebih saiz (150 cm ke atas), tumbangan rizab reparian dan tumbangan daripada kawasan tanah tinggi.

Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah telah berjaya dibutakan oleh wang Simon Ling yang telah dicuci oleh ‘The Untouchable’; apatah lagi Kini Abadi Sdn. Bhd dan Imej Berlian Sdn.Bhd milik ‘The Untouchable’ memonopoli kontrak skaw (barging) juga telibat dalam penyeludupan kayu-kayu ke kilang-kilang tempatan dan ekport ke luar negara.

Rita Chia, kakak kepada ‘The Untouchable’ yang mengemudi Imej Belian Sdn.Bhd membantu ‘The Invisible’ Simon Ling dalam proses penyeludupan yang dibuat secara professional supaya semua kegiatan tidak terbongkar!

Sebagai ‘The Invisible Man’, sejak 2005 sehingga kini, Simon Ling telah menceroboh kawasan konsesi YT3/05(1), YS2/06, YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3), YS3/07(4), YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B, YS4/07 dengan keluasan 50,000 hektar.

Amat malang bagi seorang pejuang hutan seperti Pengarah Samseng kerana gagal melihat dan mengawal selia semua kawasan yang diserang atau diceroboh oleh Simon Ling kini kelihatan seperti ‘Padang Jarak Padang Terkukur’ dan kawasan tanah tinggi sudah menjadi seperti ‘Gurun Sahara’.

Jika SPRM tidak lagi mampu menahan serangan ‘The Invisible’ daripada Sarawak ketika Anak Negeri Sabah dihalau keluar daripada kawasan tanah adat yang mereka usahakan sejak sebelum merdeka, tetapi termasuk di kawasan Hutan Simpan; siapakah lagi yang mampu membela mereka?

Tuesday, June 1, 2010

RICHARD BARNES SALAH SEORANG LAGI ‘UNTOUCHABLE’?





Written by Admin
Tuesday, 25 May 2010 00:09

Oleh: MICHAEL G. LAMBANAK

SETELAH Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menyerahkan Notis Pengisytiharan Harta kepada majikannya, Peguam Kanan, Richard Barnes Christopher Barnes telah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes.

Setelah menjalankan tugasnya di Sydney Australia, Richard yang pulang ke Sabah melalui penerbangan terus Sydney-Kuala Lumpur melalui penerbangan MH122 pada 23 Mei 2010 pada mulanya dijangka akan diberkas oleh SPRM yang menunggunya di KLIA, namun sehingga jam 9.00 malam Richard tidak kelihatan di Balai Ketibaan walaupun pesawat berkenaan tiba tepat jam 8.30 malam.

Krew Sabahkini.net tertanya-tanya apakah Richard menjadi ‘Halimunan’ sehingga tidak kelihatan dan berlepas secara senyap-senyap melalui penerbangan MH 2626 ke Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 12.25 pagi; dipercayai menyelinap melalui bilik VIP.

Ramai wartawan yang menunggu di Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 10 pagi Isnin (24 Mei 2010) turut bengang kerana Richard tidak muncul di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sebagaimana dijadualkan kerana menghadiri satu perbicaraan penting.

Setelah jam 11 pagi, ramai wartawan dimaklumkan kes yang sepatutnya diwakili Richard ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dikenalpasti.

Beberapa wartawan dan jurugambar Sabahkini.net bergegas ke pejabat Tetuan Shelley Yap Leong Tseu Chong Chia & Co di Tingkat 5, Wisma Pendidikan, Jalan Padang, Kota Kinabalu untuk mengesan Richard dan daripada risikan yang dijalankan, Richard ada di pejabatnya sebelum menyelinap keluar melalui pintu belakang dan menaiki sebuah kereta bercermin gelap yang dipercayai milik seorang kenamaan!.

Dipercayai, Richard, berketurunan Burma, adalah salah seorang daripada 18 orang lagi yang ada kaitan dengan Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai Michael Chia Thien Foh diburu SPRM setelah Andrew Lim, Freddy Lim, C.L.Tan dan Admond Looh diberkas minggu lalu.

Andrew Lim dan Admond Looh dipercayai diterbangkan SPRM ke ICAC Hong Kong untuk tujuan pengecaman, semakan dan pengesahan sebelum akan turut didakwa di Mahkamah Hong Kong dalam masa terdekat.

Sabahkini.net menerima banyak email, SMS dan Facebook yang bertanya kedudukan Richard Barnes, namun hakikatnya, mungkin Richard Barnes salah seorang daripada ‘Untouchable’ yang masih mempunyai imuniti dan menjadi halimunan sehingga gagal diberkas SPRM sejak diburu dua minggu lalu!

MUNGKINKAH RICHARD BARNES DIBERKAS SPRM HARI INI?





Written by Admin
Sunday, 23 May 2010 19:12

Oleh: MICHAEL G. LAMBANAK

MUNGKINKAH peguam kanan Sabah, Richard Christopher Barnes yang sebelum ini pernah dikaitkan dalam rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan bersama Michael Chia Thien Foh akan diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 malam ini? (23 Mei 2010).

Mengikut maklumat daripada Koresponden Sabahkini.net di Sydney, Australia, Richard Christopher Barnes telah menaiki penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) MH122 dan telah bertolak meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada jam 2 petang waktu tempatan dan dijangka tiba di KLIA sebentar sahaja lagi iaitu pada jam 8.30 malam ini.

Dari Kuala Lumpur, Richard Barnes dijangka akan mengikuti penerbangan MH 2626 yang dijadualkan berlepas ke Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam ini dan jika tidak ditangkap SPRM, Richard Barnes akan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 12.25 tengah malam ini.

Persoalannya, selepas SPRM memberkas Andrew Lim, Freddy Lim, C.L.Tan dan Admond Loh, apakah mereka akan meneruskan niat untuk menangkap tokoh terpenting selepas Michael Chia iaitu Richard Barnes atau membebaskan beliau sementara waktu kerana Richard dijadualkan akan menghadiri persidangan mahkamah di Kota Kinabalu; sebelum memberkasnya selepas persidangan mahkamah berkenaan?

Bagaimanapun pegawai kanan SPRM kelihatan berkeliaran di KLIA menjalankan pemantauan dan sedang bersiap sedia menjalankan tugas, sekalipun senarionya agak luar biasa kali ini berbanding dengan tangkapan Ngui Ing Chuang sebelum ini.

Sabahkini.net akan membawa berita terkini sebaik sahaja mendapat maklumat yang sahih dan tepat.

"THE UNTOUCHABLE OF THE UNTOUCHABLE"





Written by Admin
Wednesday, 19 May 2010 03:09

Oleh: ABDUL RAHMAN ADAM LEE

PENANGKAPAN empat ‘Tokoh Terpenting VVIP’ yang menjadi ‘Ikon Balak’ Sabah; Andrew Lim, Freddy Lim, Dato' Admond Looh dan CL Tan bukan sahaja membuktikan ‘The Untouchable of The Untouchable’ benar-benar wujud, malah menjadi semakin kebal atau mempunyai imuniti.

Seorang penjenayah ‘Money Laundering’ terkenal, Michael Chia Thien Foh yang sebelum ini ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008 bersama 16 Juta Dollar Singapura telah memberi maklumat terperinci kepada ICAC bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ didepositkan ke akaun peniaga dan pemimpin kanan Sabah.

Michael Chia dan Sai Pao @ Chan Mun Bang yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan tetap berbangga kerana beranggapan dan kelihatan masih kebal untuk disentuh SPRM dan agensi kerajaan Malaysia!

Amat wajar dan sesuailah mereka digelar ‘The Untouchable Of The Untouchable!’ kerana masih berani membuang masa berhibur di D’Mask Karaoke, Bandar Indah Sandakan, ketika keempat VVIP berkenaan disoal siasat di Putrajaya berhubung segala kejalangan yang dilakukan Michael Chia selama ini.

Michael Chia secara bongkak telah mengumumkan secara terbuka di D’Mask Karaoke dan di beberapa restoran terbuka bahawa beliau terlalu banyak wang dan telah ‘membeli’ Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membebaskan keempat VVIP balak yang ditangkap SPRM minggu lalu.

Mungkin ada agenda sulit kenapa SPRM yang bersusah payah mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya selama lima hari tetapi penahanan Andrew dan Freddy Lim dipendekkan kepada tiga hari sahaja; mungkin selepas 'tembolok' SPRM disumbat dengan hasil daripada Penggubahan Wang Haram?

Persoalannya, selepas pembebasan keempat-empat VVIP balak berkenaan atas arahan Michael Chia ‘The Untouchable of The Untouchable’, apakah kes kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Hong Kong akan ditutup?

‘THREE BILLION DOLLAR MAN’ DI ARAH ISTIHAR HARTA?





Written by Admin
Friday, 14 May 2010 08:43

JAMPI...."Ekau ekau ih, ekau ekau ah, cekau cekau ih, cekau cekau ah, ha ha hi hi, hilang gigi tinggal gusi." (He he mana mau lari ha)

Oleh: DR DAVID P.MATTA

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Kabinet ‘April Fool’ pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.

Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;

Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh dengan notis bertulis:

(a) menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar,

(i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;

(ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii) yangmenyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;

(iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

(v) menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(vi) menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;


Mengikut Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, jika gagal mengistiharkan harta Musa Aman boleh disabitkan kesalahan dan dihukum;

a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan

b) Didenda tidk kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Sabahkini.net telah berjaya mengesan Pemegang Amanahnya, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.

Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.

Mikhael Aman yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan sentiasa dilindungi pengawal peribadinya, Sai Pao yang begitu berbangga sehingga dia masih kebal untuk disentuh SPRM! The Untouchable Of The Untouchable!

Siapakah kroni Musa Aman yang seterusnya akan diberkas oleh SPRM? Datuk Admond Looh, Datuk Nasir Yeo, John Nip atau…?