Oleh: EDITORIAL
SETELAH segala usahanya untuk menutup Skandal Penggubahan Wang haram dan Membiayai Keganasannya gagal, ‘The Touchable Mr Underwear’ telah mengupah pakar untuk mencipta ‘Robot’ yang dikenali sebagai ‘Zombie’ yang ditanam dalam sistem binari Sabahkini.net sehingga menyebabkan laman web ini mengalami kerosakan serius dan kini masih dalam pembaikan.
Zombie berkenaan telah bertindak mengklon password Sabahkini.net dan dalam masa yang sama melakukan carian setiap saat sehingga menyebabkan sistem MSQL Sabahkini.net pada taraf paling maksima dan menyebabkan web master terpaksa menggantung operasi Sabahkini bagi mengelak kerosakan serius kepada data.
Serangan Zombie ini menyebabkan Sabahkini lumpuh selama tiga hari dan jurutera Sabahkini sedang memperbaiki sistem Jomla yang masih kebal daripada serangan virus dan serum namun gagal menghalang Zombie yang ditanam dalam ‘sel darah’ Sabahkini.
Hanya artikel yang disiarkan pada 25 Jun sahaja yang dapat dimuat semula kerana selebihnya telah dimusnah atau musnah dalam peperangan antara ‘Zombie’ dengan ‘Taliban’ yang dihantar untuk memburu dan memusnahkan pengacau sistem ini.
Proses memuat semula artikel 26 Jun akan mengambil masa yang agak panjang kerana artikel baru akan dimuatkan dahulu sebelum kerja menjejak artikel yang ditelan Zombie pada 26 dan 27 Jun 2010 dimulakan dan dimuat naik semula.
Editorial Sabahkini memohon maaf seandainya gangguan berterusan dalam masa seminggu ini kerana proses ‘back-up’ dan ‘upload’ akan menyebabkan sistem muat turun menjadi terlalu perlahan.
No comments:
Post a Comment