Sunday, October 24, 2010

RAKAN KONGSI MICHAEL CHIA DITUDUH MENIPU?

Written by Admin
Thursday, 08 July 2010 00:52

DEMONTRASI....Para pekerja KKS mengutuk habis-habisan rakan Michael Chia dan menuduhnya sebagai Penipu kerana gagal menjelaskan hutang?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SATU lagi kes penipuan yang membabitkan ratusan juta ringgit yang melibatkan seorang saudagar kayu balak di kawasan konsesi Yayasan Sabah YS1/07(3) di Hutan Simpan Pinangah terpanggil untuk diselongkar satu demi satu untuk pengetahuan pihak polis dan juga orang awam di seluruh negara.

Syarikat XYZ Sdn Bhd, kepunyaan rakan Michael Chia Thein Foh yang ada kepentingan dalam sebuah syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur dikatakan mendapat kontrak untuk pengeluaran kayu balak di kawasan tersebut sejak daripada Mac 2009 hingga 17 November 2009.



Kemungkinan XYZ Sdn Bhd tidak berupaya untuk melaksanakan kerja-kerja pengeluaran kayu tersebut lantas syarikat tersebut melantik sebuah Syarikat KKS Timber Trading yang berpejabat di Keningau sebagai sub-kontraktor bagi operasi pengeluaran kayu balak tersebut.

Memandangkan KKS Timber Trading terlalu yakin terhadap peranan XYZ Sdn Bhd, maka mereka menandatangani surat perjanjian kontrak antara satu sama lain.

Dalam pada itu pemilik KKS Timber Trading, Ko Kung Siong (Ah Siong) terus melaksanakan kerja-kerja operasinya bagi mengeluarkan kayu balak daripada kawasan tersebut dengan menggunakan tenaga kerja buruh seramai lebih 200 orang.

“Saya sangat marah kerana kerja sudah habis, dia sudah dapat untung daripada Yayasan Sabah tetapi dia gagal untuk membayar kepada syarikat sudah berbulan-bulan. Jadi macam mana saya mahu bayar gaji kepada pekerja saya,” ujar Ko yang mengakui tidak dapat menghalang pekerjanya mengadakan piket setelah semua jalan perundingan menemui jalan buntu.

Bukan itu sahaja, kata Ko, malah KKS telah dibebani oleh timbunan hutang piutang dengan beberapa syarikat seperti pembekal alat-alat ganti traktor, tayar dan sebagainya.

Kata Ko, jumlah tunggakan hutang XYZ Sdn Bhd kepada syarikatnya sebanyak RM1,448,173.07.

”Siapa tidak geram. Bila saya hubungi dia, dia marah dan ugut akan minta Polis Bukit Aman tangkap saya. Tapi apa salah saya? Dia yang berhutang kenapa pula sayang yang mau ditangkap?” tanya Ko yang kesal kerana Rakan Michael Chia itu enggan bertanggung jawab di atas kerugian yang dialaminya.

Tegas Ko, rakan Michael Chia tidak boleh mengelak atau berdalih kerana dia sudah menandatangani surat perjanjian dan salinannya telah dimaterai dan diterima oleh Pejabat Yayasan Sabah Kota Kinabalu dan Rakyat Berjaya Sdn. Bhd (Bahagian Perhutanan) pada 24 Mei 2010.

“Saya punya cukup bukti kalau saya mahu dakwa dia dan syarikatnya kerana semua dokumen yang berbentuk surat perjanjian masih ada di tangan saya. Manalah tahu jika pihak tertentu mahu bukti yang jelas saya akan serahkannya” kata Ko lagi.

Kata Ko, beliau bukan mengugut rakan Michael Chia itu, sebaliknya jengkel dengan sikap beliau yang tidak mahu berunding dan berniat jahat ketika mematerai kontrak dengannya.

“Memang dia ada bayar, tapi itu lima bulan lalu, tapi hanya sedikit saja dan tidak dapat menampung gaji pekerja yang tertunggak,” kata Ko yang mendakwa XYZ Sdn Bhd telah mengaut keuntungan berpuluh juta daripada Yayasan Sabah namun dia tidak mahu jelaskan hutang dia dengan KKS,” kata Ko lagi yang mendakwa Rakan Michael Chia itu mempunyai ekuiti sebanyak 51 peratus dalam syarikat BSKL tersebut.

Ko merujuk kepada kandungan memorandum syarikat yang bertajuk “Circular to Shareholde in Relation to Vary The Term of The Guaranteed of the 51% Equity Interest In The XYZ Sdn Bhd.

Dalam hal ini. Kata Ko, pihaknya belum bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Rakan Michael Chia dan beliau memberikan peluang secara saksama selama 30 hari dari tarikh berita ini tersiar agar menjelaskan hutangnya.

“Kita ambil jalan damai. Saya merayu kepada dia agar menjelaskan hutang piutangnya yang berjumlah RM 1,448,173.07 kepada KKS Timber Trading dan sekiranya engkar atau sengaja tidak menghiraukan diplomasi ini, maka saya akan membuat laporan polis kerana menipu dan memalsukan keterangan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” kata Ko yang akan membuat laporan polis sebelum melantik peguam untuk mengemukakan tuntutannya di mahkamah kelak.

Dalam pada itu, seorang peniaga yang namanya disebut sebelum ini tergelak dan enggan mengulas lanjut kerana semua kenyataan yang dibuat oleh Ko adalah malafide dan fitnah semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Sehubungan itu, Sabahkini.Net meminta maaf di atas kesilapan berita yang disiarkan sebelum ini yang menyebut nama seorang ahli perniagaan kerana beliau bukan orang yang dimaksudkan.



(NOTA: Editor Sabahkini.Net, Mutalib M.D yang masih bercuti selama satu minggu di luar negara mengumumkan pemecatan Sub-Editor, Salihin Ladja Mura berkuatkuasa SERTA MERTA di atas kesilapan yang tidak disengajakan ini dan memohon maaf secara terbuka kepada peniaga yang namanya disebut sebelum ini.)





No comments:

Post a Comment