Tuesday, May 25, 2010

DANAGAYA YANG BERDANA DAN BERGAYA





Written by Admin
Thursday, 27 August 2009 15:40

"Saya tidak kenal siapa Michael Chia...."


Oleh: HAFIZ JAMAIL

DANAGAYA Sdn.Bhd (747769-D) yang didaftarkan pada 18 September 2006 dengan modal berbayar RM100 dan dimiliki oleh dua orang lelaki Lau Chen' berketurunan Cina, Michael Chia Tien Foh (670406-12-5261) dan Lo Man Heng (691121-12-5631) adalah syarikat 'DORMANT' dan Jabatan Hasil Dalam Negeri tidak langsung berselera untuk membuka fail.

Manakala lembaga pengarahnya terdiri daripada seorang wanita Cina daripada Semenanjung Malaysia yang tinggal secara haram di Sabah tanpa jaminan atau taraf penduduk tetap setelah berhenti bekerja sebagai GRO di Gin Karaoke, Sandakan bernama Yap Siaw Lin yang kini menjadi 'VVIP' di kalangan 'VIP' di Sabah kerana menjadi pengarah lebih daripada lima syarikat pembalakan, termasuk Danagaya Sdn.Bhd.

Pemilik Danagaya Sdn.Bhd telah melantik nominee mereka masing-masing iaitu Michael Chia melantik 'Gundiknya' Yap Siaw Lin (740710-14-5364) dan pemandunya Raymond Chau Chaing Yip (820308-12-6237), manakala Lo Man Heng melantik adiknya, Lo Shwu Fen sebagai nominee pada 27 Mei 2008.

Walaupun tidak ada sebarang dokumen proksi ditemui di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun Michael Chia dan Lo Man Heng adalah proksi tokoh penting di Sabah kerana dua anak muda ini bagaikan belacan yang hanya melengkapi sambal.

Danagaya Sdn.Bhd telah 'dikurniakan' konsesi pembalakan pada 29 Mei 2007 yang pada mulanya diluluskan kepada Sabapioneer Sdn.Bhd. Namun atas sebab tertentu dan dengan persetujuan 'VVIP' kelulusan tersebut dipindahkan kepada Danagaya Sdn.Bhd.

Kehebatan Danagaya Sdn.Bhd. terserlah kerana bukan sahaja diluluskan sebuah konsesi seluar 4,729.95 hektar hutan simpan semula jadi yang mempunyai dirian isipadu balak yang tinggi (kerana belum pernah dibalak) di kawasan tanah tinggi yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah, malah beberapa konsesi lagi diluluskan kepada syarikat ini dan juga subsidiarinya.

Persoalannya, jika syarikat ini hanya menjadi kontraktor kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Yayasan Sabah, maka dengan berlindung di sebalik syarikat dormant atau tidak aktif mampu memiliki sebuah konsesi yang bernilai puluhan juta ringgit tanpa membayar cukai walau satu sen pun!

Pengurusan Yayasan Sabah sendiri mungkin terkejut dengan keizinan khusus sehingga Danagaya Sdn.Bhd yang mula membalak sejak 29 Mei 2007 belum membayar baki Jaminan Bank yang dikehendaki pada 18 Ogos 2009 iaitu RM500,000 kerana syarikat ini hanya menyediakan Jaminan Bank bernilai RM500,000 sahaja.

Mengikut maklumat yang diterima, Michael Chia telah bersetuju 'membayar' sejumlah RM8,000 sehektar konsesi berkenaan kepada 'pihak berkenaan'. Jika 4,729.95 Hektar didarab dengan RM8,000 sehektar (kadar harga yang ditetapkan Michael Chia) maka 'pihak berkenaan' telah mengaut untung bersih RM37,839,600 yang dikecualikan cukai kerana tidak pernah diisytiharkan.

Jika Michael Chia menjual konsesi tersebut pada kadar RM16,000 sehektar (lazimnya kawasan berisipadu balak yang padat bernilai RM20,000 sehektar), maka Michael Chia boleh membuat untung kasar sejumlah RM37,839,600. Daripada jumlah tersebut Michael Chia akan memperolehi untuk bersih 70 peratus, manakala Lo Man Heng akan memperoleh 30 peratus berdasarkan saham masing-masing.

Pengarah Lembaga Hasil Sabah sepatutnya meletakkan jawatan sebelum dilantik kerana isu ini amat memalukan Kerajaan Malaysia disebabkan 'Rasuah' menjadi pemudah cara sehingga kayu balak yang diangkut dengan lori merentasi beberapa lebuh raya dan jalan yang mempunyai Jambatimbang JPJ serta peronda boleh menjadi 'Invisible'iaitu halimunan atau tidak kelihatan seperti 'kayu balak' di restoran yang dibuat pencungkil gigi.

Siapakah yang menerima RM37,839,600 daripada Michael Chia? Jawapannya dalam siri yang akan datang!

No comments:

Post a Comment