Friday, June 11, 2010

SPRM KERJA SAMBIL TIDUR; MICHAEL CHIA TIDUR TAPI WANGNYA BEKERJA?





Written by Admin
Friday, 11 June 2010 23:37

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

SEPANDAI-PANDAI ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh melarikan diri daripada perangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bantuan ‘broker’ Henry Voon dan Hashim Lim, akhirnya beliau diberkas pada 9 Jun 2010 setelah gagal memasuki Singapura dengan Jet peribadi yang disewa khas daripada Sandakan pada 8 Jun 2010.

Walaupun ‘The Untouchable’ gagal diberkas dalam serbuan pada jam 10.30 pagi, 8 Jun 2010, namun isterinya, Yap Loo Mien yang dilaporkan mempunyai lebih USD 100 juta di sebuah bank perdagangan di Hong Kong hasil daripada operasi haram Skandal Penggubahan wang haram dan membiayai keganasan turut ditahan SPRM.

Namun gundiknya, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap berjaya melepaskan diri keluar Negara kerana ketika serbuan beliau sudah terbang ke Itali untuk melancong dengan wang hasil operasi haram The Untouchable.

Terdahulu, dalam operasi khas SPRM yang diperkasa oleh lebih 20 orang pegawai SPRM daripada Putrajaya, mereka berjaya menahan Loh Man Heng; ‘Dinasour’ Chong Shiak Nyen; Datuk Nasir Yeo Guan Hock dan anaknya, Azlan Yeo Guan Hock; Peguam Kanan Richard Christopher Barnes; isteri ‘The Untouchable’ Yap Loo Mien dan Wong Siau Yee.

SPRM telah berjaya mendapat perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya untuk menahan kesemua mereka termasuk ‘The Untouchable’ selama 5 hari daripada tarikh mereka ditangkap bagi membantu siasatan terhadap penglibatan mereka dalam rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan setelah 'The Untouchable' berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008.

Dipercayai, tangkapan besar-besaran dilakukan oleh SPRM bagi mengelakkan Malaysia dimalukan apabila Kes ‘The Untouchable’ dibicarakan di Mahkamah Hong Kong pada bila-bila masa; dijadualkan pada Julai 2010 setelah tertunda beberapa kali kerana masalah teknikal dan saksi.

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa 'The Untouchable' hidup mewah daripada operasi haram dan gagal disentuh SPRM sehingga timbul pepatah Melayu Bandar, 'SPRM Kerja Sambil Tidur, Michael Chia Tidur Tetapi Wangnya Bekerja'.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka akan didakwa di mahkamah sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa satu atau dua minggu daripada sekarang bagi mengelak integriti SPRM tergelincir akibat perbicaraan kes ‘The Untouchable’ di Mahkamah Tinggi Hong Kong kerana melibatkan ramai peniaga dan pemimpin politik tempatan.

Tetapi amat mengejutkan apabila seorang pengawal peribadi The Untouchable yang bernama Chan Mun Bang @ Sai Pao mengatakan;

“Boss saya tidak takut kerana dia banyak wang. SPRM ada Dua Team. UMNO ada Tiga Team. Selepas dibebaskan lima hari daripada tahanan, ‘orang besar’ mau hambur RM1 billion. Siapa boleh tahan?,” ujar Sai Pao kepada wartawan Sabahkini.net di Sandakan selepas ‘The Untouchable’ ditahan SPRM.

Bagi memudahkan pembaca mengikuti Skandal ‘The Untouchable’ secara terperinci, sila taip ‘Michael Chia’ di ruangan ‘Search’ di bawah banner Sabahkini.net.


No comments:

Post a Comment