Friday, June 11, 2010

MISTERI KEHILANGAN NASIR YEO MUNGKIN TERJAWAB?





Written by Admin
Thursday, 10 June 2010 09:39

MISTERI.... Siapakah lelaki berambut putih yang membelakangi kamera kerana beliau salah seorang yang ditangkap SPRM?. Chong Siak Nyen berbaju T merah putih sedang melalui pemeriksaan keselamatan Lapangan Terbang Sandakan.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MISTERI kehilangan Jutawan Bankrap, Datuk Nasir Yeo Guan Hock (lihat muka surat 878 dalam Warta Kerajaan) daripada Sandakan mungkin terjawab melalui gambar ini yang dikirim oleh Krew Sabahkini.net yang kebetulan berada di Lapangan Terbang Sandakan ketika ‘Dinosour’ Chong Siak Nyen diiring menaiki pesawat MH 3092 selepas ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada selasa (8 Jun 2010).

Walaupun gambar lelaki berambut putih tersebut membelakangi kamera, namun dipercayai ianya kelibat Nasir Yeo yang dikawal ketat Pegawai SPRM daripada Putrajaya yang memberkas Chong dan Loh Man Heng (tidak sempat dirakam jurugambar kerana dibawa masuk lebih awal).

Nasir Yeo adalah salah satu rangkaian terbesar Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh amat dikehendaki SPRM, namun dilaporkan ‘hilang’ selepas jet yang disewa khas berlepas daripada Lapangan Terbang Sandakan menuju Singapura.

Bagaimanapun gambar yang dikirim oleh Krew Sabahkini.net di Sandakan menimbulkan terlalu banyak misteri yang belum terungkap, apatah lagi kelihatan begitu ramai suku sakat ‘The Untouchable’ Michael Chia termasuk seorang pengawal peribadinya yang kelihatan dikawal beberapa lelaki yang dipercayai pegawai SPRM.

BINGUNG.... Lelaki bertanda X dan keluarga Michael Chia ini bingung kerana dikawal ketat pegawai SPRM di Lapangan Terbang Sandakan kerana mereka dipercayai turut ditahan untuk membantu siasatan.

KAWAL.... Lelaki yang berbaju coklat adalah sama dengan lelaki bertanda X dalam gambar di atas adalah salah seorang pengawal peribadi yang digaji oleh Michael Chia (menutup muka dengan kertas).

Sebelum ini, Peguam Kanan, Richard Christopher Barnes dilihat keluar bersama lima orang pegawai SPRM daripada pejabatnya di Wisma Pendidikan bersama lima kotak fail pada jam 12.30 tengah hari 8 Jun 2010; setelah lima pegawai SPRM dilihat memasuki Wisma Pendidikan pada jam 10.30 pagi dan sehingga ke hari ini belum kembali ke pejabatnya.

Menurut sumber SPRM, Richard ditahan untuk membantu siasatan bagi melumpuhkan rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dikendalikan ‘The Untouchable’ di Singapura, Hong Kong dan Australia dan bukannya dijadikan tertuduh sebagaimana yang diwar-warkan.

Dalam pada itu, Sabahkini.net dimaklumkan bahawa SPRM masih memburu ‘The Untouchable’ tetapi anehnya kenapa SPRM tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap ‘The Untouchable’ Michael Chia sehingga terpaksa menunda perbicaraan kes rasuah yang dijadualkan pada hari ini dan esok (10-11 Jun 2010) setelah salah seorang tertuduh dan saksi perbicaraan tersebut, Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen diberkas SPRM pada jam 10.30 pagi, 8 Jun 2010 sebelum diterbangkan terus ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment