Tuesday, June 1, 2010

SAM MANNAN AHLI POLITIK BN ?





Written by Admin
Wednesday, 07 October 2009 09:11

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

MEMANDANGKAN Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan seorang Ketua Jabatan yang berperangai seperti ahli politik ‘talam dua muka’ kerana pernah mengutuk dan menentang keras Datuk Musa di hadapan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir (Tun) berhubung isu Benta Wawasan tetapi kini Pro-McMusa, maka saya mencabar beliau untuk mengadakan Debat Terbuka bagi menjelaskan isu perhutanan Sabah yang selama ini menjadi ‘Pusat Jenayah Terancang’.

Pada 10 September 2009, saya telah menulis surat kepada Sam berhubung isu pembalakan di tanah tinggi di Hutan Simpan Kuamut bagi konsesi YS3/07 (5), YS3/07 (6A) dan YS3/07 (6B) yang dianugerahkan kepada ‘rakan kongsi Musa Aman’ iaitu Michael Chia Tien Foh, Sam tergopoh-gapah menjawab surat berkenaan pada hari yang sama, seolah-olah Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah terlalu cekap tetapi sebaliknya beliau tidak ada kerja lain kerana semua hutan simpan telah 'difaraidkan' kepada konsesi yang bersekutu dengan McMusa.

Dalam surat rasminya, bil. JPHTN/PP (S) 500-0/6/8 bertarikh 10 September 2009, Sam tetapi baru saya terima kelmarin kerana diposkan ke Pejabat Ansari & Co (atas motif tersirat) mendedahkan lebih banyak persoalan daripada menjawab isu yang dipertikaikan iaitu pembalakan di tanah tinggi melebihi 25 darjah dan pemalsuan pelan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan dan Sam secara langsung telah bersubahat mengesahkan pelan pembalakan yang dipalsukan melalui jenayah bersindiket.

Bagi saya, soal hutan simpan kelas 1 atau 2 tidak timbul kerana soalan utama saya siapakah yang membenarkan kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah dibalak?

Dalam penjelasannya Sam Mannan mengatakan tiada provision yang mengatakan bahawa kawasan melebihi 25 darjah tidak boleh dibalak. Walau bagaimanapun, pada 10 September 1997, Jabatan Perhutanan Sabah melalui sistem FMU/SFMLA telah melancarkan dasar untuk menjadikan kawasan sedemikian sebagai kawasan konservasi.

Sam juga memklumkan bahawa jabatannya tiada membenarkan pembalakan di Kuamut bagi kawasan melebihi 25 darjah. Zon-zon sedemikian telahpun dieksais keluar. Jika terdapat lagi pocket lands, kawasan sedemikian, ianya juga akan dieksais keluar.

Namun Sam lebih banyak berbohong kepada rakyat Sabah melalui penjelasan rasmi seolah-olah beliau ahli politik rombengan yang digaji McMusa di Jabatan Perhutanan Sabah untuk 'melacurkan' semua hutan simpan kepada kroni dan proksi mereka.

Orang buta pun mungkin boleh melayari imageri satelit google yang memaparkan kawasan YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) adalah kawasan tanah tinggi yang langsung tidak boleh dibalak dan dakwaan saya serta Naib Presiden PKR bukanlah berdasarkan ‘Hear say’ atau ‘tohmahan kosong’ sebaliknya berdasarkan bukti.

Dalam keadaan terdesak, Sam enggan membatalkan lesen pembalakan yang telah dikeluarkan kepada syarikat McMusa sebaliknya membenarkan syarikat berkenaan meneruskan kerja pembalakan ketika semua 59 Adun Sabah dan 24 Ahli Parlimen BN bersikap ‘Bacul’ melalui ‘persundalan politik’ kerana tidak berani menegur jenayah terancang memusnahkan alam sekitar Sabah semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.

Sehubungan itu, saya mencabar Sam Mannan untuk mengadakan debat terbuka dan saya sendiri akan hadir sebagai salah seorang panel selain Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk membongkar agenda di sebalik enigma dasar Jabatan Perhutanan yang diperkudakan Sam dan Empayar McMusa.

Keikhlasan Sam untuk membela jabatannya melalui pemberian cenderamata berupa dua buah buku klasik dongeng Jabatan Perhutanan iaitu Laporan Tahunan 2007 dan Fact Sheets of Forest Reserve In Sabah mungkin menjadi malapetaka baginya kerana Musa Aman terpaksa melepaskan dirinya daripada kelulusan pembalakan di kawasan tanah tinggi sekalipun Musa Aman terlibat membuat keputusan daripada A hingga Z.

Sam Mannan hanyalah ‘kuda benggali’ atau ‘keldai tua’ yang memikul garam McMusa kini sedang menyeberangi Sungai Nil!

Sikap Sam membongkar Triple AAC menunjukkan beliau seorang ahli politik dan tugas mewar-warkan isu Triple AAC sepatutnya tugas Jabatan Perhutanan Sabah kerana ianya tidak dinyatakan langsung dalam website Jabatan Perhutanan Sabah melainkan ketika menjawab pertanyaan Wartawan apabila Sam telah ‘memutar belitkan fakta dalam jawapannya kepada Wartawan The Star, Ruben Sario seperti yang disiarkan di dalam Web Jabatan Perhutanan Sabah.

No comments:

Post a Comment