Tuesday, June 1, 2010

WARAN TANGKAP BUAT DAUD TAMPOKONG?





Written by Admin
Monday, 29 March 2010 16:59

BOHONG.... Daud (kanan) berjubahkan agama untuk berbohong di mahkamah. Manakala Sai Pao (kiri) sentiasa melindungi Michael Chia daripada buruan lensa kamera jurufoto Sabahkini.net.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MAHKAMAH Majistret Sandakan telah mengeluarkan arahan tangkap terhadap Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong kerana gagal hadir ketika perbicaraan kes rasuah adik angkat Ketua Menteri Sabah, Michael Chia Tien Foh dan Loh Man Heng disambung semula pada jam 9.45 pagi 26 Mac 2010.

Bagaimanapun, Majistret Elsie Primus membatalkan waran tangkap berkenaan setelah Daud tiba-tiba muncul di Mahkamah Majistret Sandakan pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan tersebut.

Pada perbicaraan pada 25 Mac 2010, Daud yang memberi keterangan di kandang saksi Mahkamah Majistret Sandakan menunjukkan sikap kurang ajar dengan membelakangkan Majistret dan cuba mempersenda pendakwaraya, Kevin Morais.

Lebih mengejutkan Daud sempat bermain mata dan menggunakan pelbagai isyarat dengan Michael Chia yang berada di kandang tertuduh, seolah-olah Daud masih mengikut ‘arahan’ Michael Chia sekalipun di dalam mahkamah.

Ketika Pendakwaraya bertanyakan beberapa soalan yang memeningkan kepala, Michael Chia memberikan isyarat dengan menggeleng kepala sebelum Daud menjawab,”Tidak”.

Hubungan terus ‘body language’ antara Daud dan Michael begitu ketara dan dapat disaksikan semua yang berada di mahkamah dan merupakan kejadian yang amat janggal kerana Daud begitu mudah dipengaruhi Michael Chia.

Daud yang disapena untuk memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat secara langsung dengan kes rasuah Michael Chia yang menipu seorang usahawan tempatan dalam urusan jual beli balak dan konsesi pembalakan.

Walaupun sudah menunaikan haji, berketayap putih dan telah mengangkat sumpah untuk berkata benar di Mahkamah, namun Daud tetap mengamalkan sikap ‘lidah bercabang’ apabila berbohong dengan berkata “Tidak” apabila ditanya sama ada pernah mengenali, menemui atau berurusan dengan Datuk Agus Hassan.

Pendakwaraya juga mengulangi arahan agar Daud Tampokong mengistyharkan harta kerana sehingga kini Daud masih gagal berbuat demikian dan arahan berkenaan dibenarkan dan dipersetujui Majistret Elsie Primus.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Daud telah berjumpa secara berhadapan dengan Datuk Agus Hassan sebanyak tiga kali di pejabat ICSB, namun Daud menafikannya di mahkamah sekalipun surat syarikat proksi Datuk Agus dikemukakan di mahkamah sebagai bukti.

Merujuk kepada surat Peluamas Sdn.Bhd bertarikh 14 Jun 2004 yang menjadi bahan bukti di mahkamah, bahawa hasil perbincangan antara Mohd Daud Tampokong dan Datuk Agus Hassan pada 10 Jun 2004 yang memutuskan agar Peluamas Sdn.Bhd menyelesaikan masalah dengan Michael Chia daripada Kini Abadi Sdn.Bhd yang bertindak sebagai 'Orang Tengah'.

Agus dimaklumkan oleh Daud Tampokong bahawa beliau tidak dapat memberi kebenaran untuk menjalankan operasi walaupun Peluamas telah mematuhi semua syarat dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani sehingga Peluamas menyelesaikan tiga syarat yang diminta oleh Michael Chia pada 10 Jun 2004 iaitu;

1. Peluamas harus menyerah balik penjualan 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai melalui perjanjian pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya/ICSB untuk pembatalan.

2. Peluamas dikehendaki membayar premium tambahan yang dianggap sebagai Dana Politik (jutaan ringgit)

3. Sejumlah Komisyen berdasarkan meter padu bagi setiap balak yang dikeluarkan daripada kawasan seluas 9,250 hektar berkenaan.

Peluamas difahamkan oleh Michael Chia bahawa pindaan syarat berkenaan terpaksa dilakukan kerana tiga perjanjian yang dimaterai tidak sediakan secara sempurna oleh ICSB, subsidiari dan Jabatan Peguam Besar Negeri.

Sebagai alternatif, Mohd Daud sebagai Pengurus Kumpulan telah mendapatkan arahan daripada Pengerusi ICSB dan Pengerusi Rakyat Berjaya mengarahkan Peluamas wajib memenuhi tiga syarat tambahan tersebut.

No comments:

Post a Comment