|
Written by Admin |
Sunday, 13 June 2010 11:30 |
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya baru, Datuk Abu Kassim Mohammad dan regu hebatnya, Datuk Mohd Shukri Abdull telah berjaya melucutkan gelaran ‘Mr Underwear’, ‘The Untouchable’ Michael Chia Tien Foh kepada ‘The Touchable Underwear' selepas berjaya menangkap penjenayah ini pada 9 Jun 2010.
Michael Chia yang dikenali sebagai ‘Mr Underwear’ dihampir kesemua Pusat Hiburan atau Karaoke yang dikunjungi kerana mendakwa seluar dalamnya berharga RM2,000 sebagai taktik untuk memancing GRO menjalinkan hubungan seks dengannya; dalam masa yang sama diberi gelaran ‘The Untouchable’ oleh semua pembalak di Sabah kerana gagal disentuh oleh SPRM, sejak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong bersama $16 juta dollar Singapura pada 14 Ogos 2008.
Operasi bersepadu memburu dan memberkas ‘The Untouchable’ begitu hebat seolah-olah dalam skrip filem Hollywood dan siri X-Files kerana SPRM menggunakan pelbagai cara termasuk meminta bantuan Jet Tentera Udara Di Raja Malaysia F16 memintas jet peribadi Falcon 20 yang membawa ‘The Untouchable’ daripada Lapangan Terbang Sandakan ke Hong Kong dan berjaya memaksa jet berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja mendarat, jet berkenaan diserbu pegawai SPRM yang terlatih dalam bidang membanteras keganasan dan terus menggari ‘The Untouchable’ yang berkot biru tua sebelum dibawa dengan sebuah kenderaan Fortuna dan diiringi dengan beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggangi pegawai SPRM ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Brief case kelabu Luis Vutton (LV) milik ‘The Touchable’ yang mengandungi sejumlah wang yang dipercayai akan dibayar kepada Pegawai Turus di Jabatan Peguam Negara Malaysia yang menunggu di Hong Kong; turut dirampas dan jet berkenaan digeledah untuk mengesan jejak tidak bertapak Yap Siaw Lin yang dipercayai telah berlepas ke luar negara sebaik sahaja diberitahu salah seorang pegawai SPRM yang belot.
‘The Untouchable’ yang kini menjadi ‘The Touchable’, kelihatan gelisah kerana seorang Pegawai Turus daripada Jabatan Peguam Negara menunggunya di Hong Kong untuk menemui Peguam Negara Hong Kong dan Hakim yang akan membicarakan kesnya untuk menggugurkan kes tersebut setelah ‘The Untouchable’ sanggup mengeluarkan USD 1 Billion daripada simpanannya sebagai ‘pampasan’.
Mungkin agak menghairankan kenapa SPRM tidak mengetahui seorang Pegawai Turus daripada Jabatan Peguam Negara boleh terbang ke Hong Kong untuk menemui ‘The Touchable’ sedangkan pada masa yang sama mereka berjaya memberkas hampir kesemua rangkaian utama ‘The Touchable’ di Malaysia, melainkan seorang gundik, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap yang berjaya melarikan diri ke luar negara ketika 20 pegawai SPRM dalam penerbangan ke Sabah.
Sejak daripada tarikh ‘The Touchable’ ditangkap, berpuluh pengawal peribadinya berkampung di luar bangunan SPRM tanpa berani diganggu oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas dan polis enggan bertindak walaupun laporan dibuat dengan alasan mereka tidak berbahaya dan hanya menunggu pembebasan ‘The Touchable’.
Kesemua lima belas orang pengawal peribadi ‘The Touchable’ yang bersilih ganti ‘mengawal’ Ibu Pejabat SPRM dikenali sebagai Chan Mun Bang @ Sai Pao, Raymond Chau, John Sia, Melvin Yip dan beberapa samseng daripada rangkaian Kongsi Gelap; berkemungkinan besar boleh menyerbu SPRM untuk membebaskan ‘The Touchable’ dan menyeludup beliau keluar negara ketika ‘The Touchable’ dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk tahanan reman atau ketika ditahan di Ibu Pejabat SPRM yang hanya dikawal oleh beberapa pegawai SPRM yang bersenjata pistol.
Media utama termasuk TV3 yang dimaklumkan kehadiran pengawal peribadi ‘The Touchable’ enggan membuat liputan atau merakamkan gambar kerana bimbangkan keselamatan mereka dan ada media yang menganggap aduan awam sebagai laporan palsu.
‘The Touchable’ dijangka dibebaskan esok kerana tempoh tahanan reman lima harinya tamat pada Isnin, melainkan jika SPRM masih memerlukan khidmat beliau untuk membantu siasatan kerana kes ini diklasifikasikan sebagai ‘Kes Berprofail Tinggi’.
Kelmarin, rangkaian ‘The Touchable’, Loh Man Heng, Dinasour Chong Shiak Nyen, Datuk Nasir Yeo Guan Hock, Azlan Yeo, Yap Loo Mien, Wong Siau Yee, Peguam Kanan Richard Christopher Barnes yang diberkas pada 8 Jun 2010 dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM50,000 yang didepositkan setiap seorang.
Sebelum ini, semua rangkaian ‘The Touchable’ seperti Ngui Ing Chuang, Andrew Lim, Freedy Lim, Admond Looh, CL Tan dan Simon Ling Ding Dieng yang berjaya diberkas SPRM dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 tunai setiap seorang sementara menunggu tarikh mereka didakwa di mahkamah yang dijadualkan penghujung Jun 2010 sebelum kes ‘The Touchable’ disebut di Mahkamah Hong Kong pada pertengahan Julai 2010. |
No comments:
Post a Comment