Friday, June 11, 2010

'THE UNTOUCHABLE' TERLEPAS, DUA RAKANNYA DIBERKAS?





Written by Admin
Tuesday, 08 June 2010 23:24

KHIANAT.... Dinasour Chong (tengah), ‘The Untouchable’ Michael Chia dan Loh Man Heng yang merupakan tiga sekawan sebelum membawa haluan masing-masing setelah dikhianati Michael Chia.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

‘THE Untouchable’ Michael Chia Thien Foh, dikhuatiri telah melarikan diri bersama Datuk Nasir Yeo Guan Hock ke Singapura dengan sebuah jet khas pada awal pagi tadi daripada Lapangan Terbang Sandakan; ketika pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas dua orang kanannya, Loh Man Heng dan ‘Dinasour’ Chong Siak Nyen.

Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen telah diterbangkan ke Kota Kinabalu dengan kawalan ketat lima orang pegawai SPRM daripada Putrajaya dengan Penerbangan Malaysia MH 3092, pada jam 11.05 pagi sebelum dibawa ke Kuala Lumpur pada petang tadi.

Bagaimanapun sehingga jam 10.00 malam tadi, sepuluh orang pegawai SPRM masih memburu Michael Chia dan keluarganya, namun gagal menemui mereka dan menurut sumber yang dipercayai, Michael Chia dan keluarganya diseludup ke Singapura dengan jet peribadi yang disewa khas setelah mengetahui beliau akan diberkas pagi tadi.

Dalam pada itu, seorang peguam kanan turut dikunjungi lima orang pegawai SPRM sekitar 10.30 pagi serentak dengan masa Loh Man Heng dan Chong Siak Nyen ditangkap.

Kelima-lima pengawai SPRM berkenaan kelihatan keluar daripada pejabat guaman tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari dengan membawa banyak fail dan peguam berkenaan bersama mereka dan peguam tersebut tidak kembali selepas jam enam petang kerana dipercayai diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Loh Man Heng dan Michael Chia telah dituduh secara bersama di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda kerana menipu Chong Siak Nyen.

Namun penahanan terbaru mereka dipercayai ada hubung kait dengan kes skandal penggubahan wang haram dan membiayai keganasan yang didalangi ‘The Untouchable’ Michael Chia Thien Foh.

No comments:

Post a Comment