Written by Admin |
Tuesday, 25 May 2010 00:09 |
Oleh: MICHAEL G. LAMBANAK SETELAH Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menyerahkan Notis Pengisytiharan Harta kepada majikannya, Peguam Kanan, Richard Barnes Christopher Barnes telah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura. Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes. Setelah menjalankan tugasnya di Sydney Australia, Richard yang pulang ke Sabah melalui penerbangan terus Sydney-Kuala Lumpur melalui penerbangan MH122 pada 23 Mei 2010 pada mulanya dijangka akan diberkas oleh SPRM yang menunggunya di KLIA, namun sehingga jam 9.00 malam Richard tidak kelihatan di Balai Ketibaan walaupun pesawat berkenaan tiba tepat jam 8.30 malam. Krew Sabahkini.net tertanya-tanya apakah Richard menjadi ‘Halimunan’ sehingga tidak kelihatan dan berlepas secara senyap-senyap melalui penerbangan MH 2626 ke Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 12.25 pagi; dipercayai menyelinap melalui bilik VIP. Ramai wartawan yang menunggu di Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 10 pagi Isnin (24 Mei 2010) turut bengang kerana Richard tidak muncul di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sebagaimana dijadualkan kerana menghadiri satu perbicaraan penting. Setelah jam 11 pagi, ramai wartawan dimaklumkan kes yang sepatutnya diwakili Richard ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dikenalpasti. Beberapa wartawan dan jurugambar Sabahkini.net bergegas ke pejabat Tetuan Shelley Yap Leong Tseu Chong Chia & Co di Tingkat 5, Wisma Pendidikan, Jalan Padang, Kota Kinabalu untuk mengesan Richard dan daripada risikan yang dijalankan, Richard ada di pejabatnya sebelum menyelinap keluar melalui pintu belakang dan menaiki sebuah kereta bercermin gelap yang dipercayai milik seorang kenamaan!. Dipercayai, Richard, berketurunan Burma, adalah salah seorang daripada 18 orang lagi yang ada kaitan dengan Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai Michael Chia Thien Foh diburu SPRM setelah Andrew Lim, Freddy Lim, C.L.Tan dan Admond Looh diberkas minggu lalu. Andrew Lim dan Admond Looh dipercayai diterbangkan SPRM ke ICAC Hong Kong untuk tujuan pengecaman, semakan dan pengesahan sebelum akan turut didakwa di Mahkamah Hong Kong dalam masa terdekat. Sabahkini.net menerima banyak email, SMS dan Facebook yang bertanya kedudukan Richard Barnes, namun hakikatnya, mungkin Richard Barnes salah seorang daripada ‘Untouchable’ yang masih mempunyai imuniti dan menjadi halimunan sehingga gagal diberkas SPRM sejak diburu dua minggu lalu! |
Tuesday, June 1, 2010
RICHARD BARNES SALAH SEORANG LAGI ‘UNTOUCHABLE’?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment