Tuesday, June 1, 2010

MUNGKINKAH RICHARD BARNES DIBERKAS SPRM HARI INI?





Written by Admin
Sunday, 23 May 2010 19:12

Oleh: MICHAEL G. LAMBANAK

MUNGKINKAH peguam kanan Sabah, Richard Christopher Barnes yang sebelum ini pernah dikaitkan dalam rangkaian Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan bersama Michael Chia Thien Foh akan diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 malam ini? (23 Mei 2010).

Mengikut maklumat daripada Koresponden Sabahkini.net di Sydney, Australia, Richard Christopher Barnes telah menaiki penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) MH122 dan telah bertolak meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada jam 2 petang waktu tempatan dan dijangka tiba di KLIA sebentar sahaja lagi iaitu pada jam 8.30 malam ini.

Dari Kuala Lumpur, Richard Barnes dijangka akan mengikuti penerbangan MH 2626 yang dijadualkan berlepas ke Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam ini dan jika tidak ditangkap SPRM, Richard Barnes akan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 12.25 tengah malam ini.

Persoalannya, selepas SPRM memberkas Andrew Lim, Freddy Lim, C.L.Tan dan Admond Loh, apakah mereka akan meneruskan niat untuk menangkap tokoh terpenting selepas Michael Chia iaitu Richard Barnes atau membebaskan beliau sementara waktu kerana Richard dijadualkan akan menghadiri persidangan mahkamah di Kota Kinabalu; sebelum memberkasnya selepas persidangan mahkamah berkenaan?

Bagaimanapun pegawai kanan SPRM kelihatan berkeliaran di KLIA menjalankan pemantauan dan sedang bersiap sedia menjalankan tugas, sekalipun senarionya agak luar biasa kali ini berbanding dengan tangkapan Ngui Ing Chuang sebelum ini.

Sabahkini.net akan membawa berita terkini sebaik sahaja mendapat maklumat yang sahih dan tepat.

No comments:

Post a Comment