Tuesday, June 1, 2010

DARIPADA PEREMPUAN KABARET KEPADA TOKOH KORPORAT!





Written by Admin
Monday, 21 September 2009 23:22

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

LIMA belas tahun lalu, lelaki hidung belang yang mendatangi Gin Star Karaoke, di Batu 4, Bandar Pasaraya, Sandakan hanya mengenalinya sebagai Kiki Yap, iaitu salah seorang GRO atau ‘Manuk Emas’ (istilah tempatan) yang menjadi rebutan ramai termasuk Michael Chia Tien Foh.

Ramai lelaki yang pernah melangganinya tidak mengetahui namanya sebenar kerana lazimnya tidak ada pelanggan yang memintanya menunjukkan kad pengenalan sebelum memberikan perkhidmatan, termasuk kepada pegawai polis yang selalu bertanya kad pengenalan seseorang.

Kenangan silam sebagai tukang jahit dan penjual ‘fish ball’ di Pasar Cheras, Kuala Lumpur dibungkus erat agar tidak ada yang mengetahui yang Kiki sebenarnya ‘Buta Huruf’ kerana tidak pernah bersekolah disebabkan belenggu kemiskinan dan terpaksa membantu keluarga dengan melakukan pelbagai kerja sehinggalah datang ke Sabah.

Dalam usia 20-an dengan susuk tubuh yang ada sedikit gaya dan diubah suai agar menarik, Kiki Yap atau nama sebenarnya Yap Siaw Lin telah diterima sebagai GRO di Gin Star Karaoke yang terkenal di kalangan pembalak dan kontraktor kerana bukan sahaja menyediakan hiburan biasa, malah turut menawarkan perkhidmatan luar biasa iaitu boleh ‘menapau’ atau booking GRO untuk aktiviti ‘kamasutera’, baik di bilik sulit premis karaoke berkenaan atau hotel berdekatan.

Kerja sebagai GRO bukanlah sesuatu yang indah untuk diperkatakan kerana sering berlaku perebutan antara pelanggan dan mendapat pelanggan yang ganas kerana mabuk, maka Kiki Yap memikirkan untuk berjaya dalam kehidupan harus berani membuat keputusan untuk melakukan transformasi dirinya bukan sahaja sebagai GRO, malah menjadi ‘Pisau Cukur’ untuk merintis jalan baru kehidupannya yang bergelumang dengan maksiat.

Kiki cuba untuk tidak menjadi seperti ‘Jet Plane’ yang boleh dinaiki sesiapa sahaja yang mampu membeli tiket, hatta ‘Om’ yang berbau tengik atau ‘apek’ yang bernafsu besar tetapi longlai; kerana di hatinya ingin memandu sendiri ‘Jet Plane’ menuju destinasi pilihan untuk merobah hidupnya.

Selagi badannya masih bergetah dan berbau wangi, selagi itulah lelaki hidung belang akan melanggannya, namun apabila telah dimamah usia, dia sedar dirinya yang selama ini menjadi tisu muka akan bertukar peranan sebagai tisu untuk mengelap najis di tandas.

Kebaikan Michael Chia yang entah ke berapa puluh kali melangganinya menyebabkan Kiki membuat keputusan untuk memperjudikan nasibnya dengan mengikuti ‘kaki sabung ayam’ ini sebagai ‘Perempuan Simpanan’ dan meninggalkan dunia kelam yang tidak jauh bezanya dengan dunia yang dipilihnya. Bezanya, dia boleh memandu ‘Jet Plane’nya sendiri kerana selama ini dia yang dipandu dan dinaiki sesiapa sahaja yang ada tiket mengikut jadual penerbangannya ke alam khayalan.

Pada mulanya agak payah menjalani kehidupan sebagai ‘Perempuan Simpanan’ kerana kebiasaannya merasa pelbagai jenis layanan lelaki dan kini hanya melayan seorang lelaki yang bukan ‘taste’ nya, namun kerana misi sulitnya, Kiki menggagahi dirinya kerana niatnya untuk menjadi ‘Pisau Cukur’ mula berhasil kerana kekurangannya menjadi ‘kelebihan’ buatnya apabila Michael Chia yang menyangka beliau bodoh kerana tidak tahu membaca atau menulis telah mempergunakan dirinya sebagai proksi atau nominee untuk semua syarikat pembalakan miliknya.

Walaupun terpaksa menghantar pekerja yang menyamar sebagai dirinya semata-mata untuk menduduki ujian wajib sebelum boleh dilantik sebagai Pengarah Urusan semua syarikat milik Michael Chia, namun Kiki tetap berani memikul beban tugas sebagai Pengarah Urusan lima syarikat penting Michael Chia iaitu Danagaya Sdn.Bhd, Rimba Kita Sdn.Bhd, Sinabumi Sdn.Bhd, Sabapioneer Sdn.Bhd, Wangsajadi Sdn.Bhd dan sebagainya.

Dalam sejarah ‘Buta Huruf’ dunia, mungkin Kiki adalah orang yang pertama yang wajar diberi pengiktirafan dalam buku ‘Guinness Book of World Record’ sebagai manusia berjaya menjadi Pengarah Urusan lima syarikat penting sekaligus yang menjadi ‘jangkar atau anchor’ kepada kegiatan ‘Penggubahan wang haram’ yang memperkayakan Michael Chia termasuk dirinya sendiri.

Lebih hebat lagi, Kiki boleh duduk makan semeja dengan pembesar negeri Sabah sama ada di Hong Kong, Singapura atau Kuala Lumpur ketika Adun dan Ahli Parlimen di Sabah terpaksa ikut Barisan untuk berjumpa dengan pembesar negeri setelah beberapa temujanji yang dibuat tidak seperti yang dijanjikan.

Dengan simpanan persendirian sejumlah USD 30 juta di dua buah bank di Hong Kong, iaitu Union Bank of Switzerland (UBS) dan Credit Suisse, tidak termasuk simpanan jongkong emas di UBS, Kiki yang sebelum ini terpaksa makan ‘mi maggi’ kini bukan sahaja boleh membeli sepuluh buah kilang maggi malah boleh terbang ke mana sahaja yang beliau suka, sama ada bersama Michael Chia atau keluarganya yang telah berubah menjadi kaya sekelip mata.

Soal status sebagai ‘Perempuan Simpanan’ kepada Michael Chia tidak timbul kerana kekayaan lebih penting daripada status dan rumahtangga dan beliau boleh mendapatkan apa sahaja termasuk membeli skrin besar untuk melihat ‘wajahnya’ seperti yang disiarkan di sabahkini.net.

Walaupun pada dasarnya Kiki tidak boleh membaca, namun kakitangannya sedia menterjemahkan apa yang tersurat kerana hanya beliau yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik paparan Sabahkini.net.

Rumah adiknya di No 23, Jalan Sri Taming 1B, Taman Sri Taming, Batu 9, Cheras, Selangor kini serba mewah sekalipun di luar kelihatan biasa sahaja, apatah lagi di garajnya terdapat BMW 7 Series bernombor SA9988R yang pernah digunakan Datuk Seri Musa Aman sebelum dibeli Michael Chia menjadi kebanggaan mereka kerana mendapat pujian jiran tetangga.

Kiki adalah salah seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang telah berjaya melahirkan usahawan cemerlang, gemilang dan terbilang termasuk Michael Chia, John Nip, Nasir Yeo, Admund Loh, Raymond Tan dan Mazlan Zakaria.

Kiki sendiri telah memiliki sebuah rumah mewah di Lot 359, Lorong 18, Taman Pertama, Sandakan dan memiliki beberapa buah kenderaan mewah antaranya Mercedes SS63K.

Kiki telah berjaya menaiktaraf hidupnya daripada GRO atau perempuan Kabaret kepada seorang tokoh korporat yang gagal dilahirkan oleh enam Perdana Menteri Malaysia, namun berjaya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Tahniah!

NOTA: Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net. Penulis bertanggung jawab di atas artikel ini dan tidak membabitkan Sabahkini.net yang menjadi portal bebas dan pihak yang dituduh boleh menghubungi Sabahkini.net jika ingin membuat kenyataan balas. Dokumen rahsia yang tidak dapat disiarkan telah dikembalikan kepada penulis.

No comments:

Post a Comment