Friday, June 25, 2010

SIMON LING, RAJA PENYELUDUP BALAK?







GEMBIRA....Haiya Apek, (Ting Peck King) manyak sinang hati woo? Itu SPRM dalam tangan. Siapa bulani kacau lu punya anak buah. Tapi apa hat lu kasi tapuk itu 'amoi' dan tolong Mr Underwear? (Gambar latarbelakang rumah Simon Ling, di No 67, Gaya Park, Penampang (berdekatantaman Milek).

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SEBAIK saja mengetahui dirinya termasuk senarai yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai ‘The Touchable Mr. Underwear’; 'Raja Penyeludup Balak, Simon Ling Ding Dieng terus menemui bapa saudaranya, Tan Sri Ting Peck King untuk menyerah diri kepada SPRM.

Daripada kesemua mereka yang diberkas SPRM setakat ini, hanya Simon Ling yang menyerah diri secara sukarela dengan bantuan Tan Sri Ting yang merupakan rakan rapat kepada pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes berkenaan, namun turut dikenakan ikan jamin sejumlah RM50,000 yang didepositkan sebagai salah kaedah siasatan ala siri kartun 'Tom & Jerry'.

Simon Ling yang dikenali sebagai ‘Raja Penyeludup Balak’ kini sedang menjadi ‘Juruperunding’ dan ‘Pelindung’ kepada ‘The Touchable Mr Underwear’ Michael Chia Tien Foh setelah Hashim Lim dan Hendry Voon gagal membersihkan imej kekasih Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap.

Dengan kedudukan Tan Sri Ting Peck King sebagai salah seorang ‘Billionaire’ yang paling dihormati di Malaysia terutama di SPRM; Simon Ling telah berjaya mempergunakan ‘kabel’ bapa saudaranya itu untuk ‘membebaskan ‘Mr Underwear’ daripada cengkaman SPRM yang kemungkinan terpaksa menyediakan “Mahkamah Kangaroo’ untuk membicarakan kes ini.

Simon Ling terpaksa membebaskan ‘Mr Underwear’ kerana menjadi rakan kongsi dalam urusniaga penyeludupan balak daripada kawasan cenuram melebihi 25 darjah iaitu di Konsesi YS307(5) dan YS307(6)B.

BALAK.... Cantuman gambar rumah Simon Ling di Gaya Park dan gambar kayu balak yang diambil daripada pangkalan balaknya di Lalangud, Tawau membuktikan Simon Ling hebat dan tidak berani disentuh oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Polis DiRaja Malaysia.

Kerjasama antara ‘Mr Underwear’ dan ‘Raja Penyeludup’ begitu ketara melalui syarikat Kini Abadi Sdn Bhd yang memonopoli kontrak skau (barging) bagi semua urusan pengangkutan kayu keluaran Yayasan Sabah di Sandakan dan Lahad Datu.

Manakala Imej Berlian Sdn.Bhd pula memonopoli kontrak skau bagi mengangkut semua kayu balak keluaran Yayasan Sabah di Tawau. Imej Berlian pula berpakat dengan Simon Ling yang juga di gelar ‘Raja 007’ untuk menyeludup segala keluaran kayu di kawasan YS4/07, YT2/07, YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3), YS3/07(4), YS3/07(5), YS3/07(6)B (YS3/07(5) dan YS3/07(6)B berdasarkan pemalsuan kawasan pembalakan tanah tinggi dan tidak membayar sebarang royalti balak milik Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah.

Sekitar 2006 YT3/05(1) telah diceroboh oleh Simon Ling Ding Dieng dan sejumlah besar balak dicuri dari kawasan YT3/05(1) dan dipindah ke kawasan Simon Ling Dieng Dieng. Oleh kerana sejumlah besar balak telah dicuri, maka YT3/05(1) telah dijual kepada Simon Ling Ding Dieng dengan harga RM60 juta.

Begitu juga dengan konsesi YS4/07 juga telah dibeli daripada Michael Chia Thien Foh dengan harga RM50 juta.

Simon Ling Ding Dieng juga telah membayar RM100 juta kepada Michael Chia melalui Ngui Ing Chuan untuk kawasan YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3) dan YS3/07(4) dengan keluasan 15,000 hektar. RM100 juta juga telah dibayar kepada seorang peguam kanan sebelum dialihkan ke akaun seorang pemimpin politik di Sabah.

DOUBLE..... Double Chia, Michael dan Rita merupakan tulang belakang kekuatan Simon Ling yang turut meletakkan undang-undang di dalam seluar dalamnya berlatar belakangkan pelan rumah Simon Ling.

Simon Ling Ding Dieng berpakat dengan ‘Mr Underwear’ Michael Chia dan Han's brother dalam gerakerja pengubahan pelan kawasan tanah tinggi (Steep Area) YS3/07(5), YS3/07(6)A dan YS3/07(6)B, sekarang sedang giat menumbang balak di bawah ukur lilit yang dibenarkan termasuk ibu pokok, spesis larangan, pencerobohan tanah tinggi dan simpanan sungai (reparian reserve).

Balak-balak yang ditebang juga diseludup ke kilang-kilang tempatan di Tawau dan sejumlah besar di seludup ke luar negara seperti Vietnam, China dan India dengan kerjasama Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah tanpa sebarang kekangan kerana mereka tersenarai di dalam ‘payroll’nya..

Adalah dipercayai Simon Ling telah membayar USD100 juta kepada Michael Chia, ‘The Touchable ‘Mr Underwear’ untuk kawasan YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B.

Simon Ling Ding Dieng yang terkenal dengan penyeludupan balak terutama mengelak supaya royalti dan kos pembalakan tidak dibayar kepada Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah, tumbangan di bawah ukur lilit (60 cm ke bawah), tumbangan pokok larangan (tengawang), tumbangan lebih saiz (150 cm ke atas), tumbangan rizab reparian dan tanah tinggi begitu hebat dilindungi bapa saudaranya, Tan Sri Ting Peck King, salah seorang tokoh yang kebal daripada SPRM atau ‘The Untouchable of The Untouchable’.

CABUTAN.... Minit mesyuarat Rakyat Berjaya yang memberi 'Tongkat Sakti' kepada Mr Underwear, Simon Ling dan Rita Chia melebarkan empayar mereka sehingga 2013!

Jabatan Perhutanan dan Yayasan Sabah telah dibutakan oleh wang Simon Ling yang telah di ‘pelihara’. Kini Abadi Sdn.Bhd dan Imej Berlian Sdn.Bhd yang memonopoli kontrak skau (barging) juga telibat dalam penyeludupan kayu kayu ke kilang-kilang tempatan dan export ke luar negara.

Rita Chia, kakak kepada ‘Mr Underwear’ merupakan Pengarah Urusan Imej Berlian telah memainkan peranan penting menolong Simon Ling dalam proses penyeludupan kayu balak bulat ke luar Negara dengan memalsukan semua dokumen termasuk jenis dan saiz kayu. Agenda penyeludupan ini dibuat secara professional supaya semua kegiatan tidak terbongkar !

Antara kup pembalakan yang telah diceroboh secara haram tetapi ‘dengan izin’ pegawai Kanan Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan oleh Simon Ling dari 2005 sehingga sekarang ialah YT3/05(1), YS2/06, YS3/07(1), YS3/07(2), YS3/07(3), YS3/07(4), YS3/07(5), YS3/07(6)A, YS3/07(6)B, YS4/07 dengan keluasan 50,000 hektar.

Kesemua kawasan hutan simpan yang diserang oleh Simon Ling kini ibarat Gurun Sahara! Namun anehnya, Simon Ling tidak pernah disentuh oleh sebarang penguatkuasa dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan ‘Mr Underwear’ menjual nama pemimpin UMNO termasuk daripada Kuala Lumpur untuk menyelamatkan diri mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment