|
Written by Admin |
Friday, 16 April 2010 09:02 |
Oleh: ZAINUDDIN HASSAN WALAUPUN Kerajaan Negeri Sabah, melalui Subseksyen (3A), Seksyen 4, Enakmen Hutan 1968 memberi kuasa kepada anggota angkatan tentera yang berpangkat tidak rendah daripada Lans Korporal kuasa untuk menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada mana-mana pegawai hutan atau mana-mana pegawai polis di bawah subseksyen (1) seksyen 36 Enakmen tersebut; namun belum ada tentera yang menguatkuasa undang-undang berkenaan sehingga 15 April 2010. Setelah Jabatan Hutan jatuh di bawah pengaruh ‘pembalak haram’ dan ‘pembalak kroni’ yang diberikan konsesi di bawah ‘Mikhael Aman’; broker yang begitu berkuasa menentukan kepada siapa konsesi Yayasan Sabah akan diberikan, kini anggota tentera pula gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Mungkin kerana Panglima Angkatan Tentera belum mendapat pangkat Datuk Seri Panglima seperti Mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Kegagalan Pengarah Jabatan Hutan, Datuk Sam Mannan mengambil tindakan drastik terhadap kroni Ketua Menteri Sabah termasuk Mikhael Aman, Edmond Looh, Nasir Yeo dan sebagainya menyebabkan ‘Mafia Perhutanan’ ini bebas melakukan pembalakan sekalipun di kawasan tanah tinggi atau menebang kayu di bawah atau di atas ukur lilit yang dibenarkan undang-undang. Pegawai penyiasat SPRM yang langsung tidak terlatih di bidang perhutanan mungkin gagal memahami ‘Patologi Hutan’ sebagaimana kecekapan ‘Ahli Forensik’ yang mampu mencari dan mengenalpasti pembunuh sebenar daripada tulang belulang atau mayat mangsa mengikut kaedah DNA yang diluluskan di bawah Akta DNA. Kehebatan pegawai SPRM menyerbu lori yang sememangnya diletakkan di tepi jalan dan kilang papan yang telah memproses kayu balak haram di Keningau belum memadai untuk mereka diiktiraf sebagai ‘Pakar Pencegahan Rasuah’ kerana mereka belum pernah menyentuh atau mengkaji patologi hutan yang mampu mengaitkan tunggul kayu di kawasan pembalakan dengan kayu yang telah dihantar ke kilang untuk diproses atau balak bulat untuk dieksport. Kesalahan hutan lebih banyak dilakukan oleh ‘Pembalak Berlesen’ terutama kawasan tanah tinggi yang melebihi 25 darjah dan kawasan sanktuari hidupan liar atau tadahan air kerana mereka dilindungi Pengarah Perhutanan yang memberi keistimewaan kepada Danagaya Sdn.Bhd dan sekutunya di Kuamut dan Tongod. Sam Mannan bagaikan ‘lembu dicucuk hidung’ gagal menjalankan tugas sebagai Pemeliharaan Hutan atau ‘Tombirou’ dalam bahasa tempatan; sebaliknya sentiasa memelihara kepentingan adik angkat Musa Aman, Mikhael Aman @ Michael Chia Ten Foh. Tiba masanya, Sam Mannan meletakkan jawatan dan menyertai PKR jika beliau benar-benar ini menjalankan tugas sebagai ‘Pemulihara Hutan’; apatah lagi kedudukannya bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ dan bakal dicekup SPRM pada bila-bila masa kerana secara sedar bersubahat dan bersama melakukan kegiatan yang bercanggah undang-undang terutama pemalsuan pelan pembalakan dan inventori hutan. Kecurian hutan berlaku setiap hari sekalipun di kawasan konsesi pembalakan kerana ‘Rasuah’ menjadi ‘Lesen Besar’ untuk membolehkan mereka mencuri di dalam kawasan konsesi sendiri atau kawasan hutan simpan yang sememangnya disimpan untuk kroni dan proksi Ketua Menteri. Kegiatan menghapuskan bukti semakin berleluasa kerana kawasan konsesi pembalakan yang telah dicuri dan diceroboh dengan pelbagai cara diberikan kepada syarikat lain bertindih tindan seolah-olah kayu balak di konsesi tersebut tumbuh seperti taugeh yang memerlukan masa antara tiga hingga empat hari berbanding masa sebenar balak antara 100 hingga 200 tahun sebelum boleh dibalak! Pengarah Hutan yang sebelum ini beria-ia menemui Perdana Menteri, ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun) begitu ‘hebat’ menentang Konsep ‘Benta Wawasan’ yang dicadangkan Datuk Musa Aman; kini menjilat semula ludah yang tertempel di muka Musa Aman dan terpaksa ‘menutup mata’ di atas perlakuan Mikhael Aman yang lebih berkuasa daripada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua (TYT) Negeri Sabah. Betapa malunya TYT yang digelar ‘Raja Pakau’ kerana tidak mampu untuk membela nasib Anak Negeri di Hutan Simpan di seluruh negeri Sabah, namun ‘membisu’ ketika Mikhael Aman dan kuncu-kuncunya mengerjakan kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah yang menjadi kawasan tadahan air dan simpanan fauna; semata-mata kerana pengaruh politik dan wang Musa Aman. Ketika rumah Anak Negeri Sabah dibakar dan tanaman mereka di Hutan Simpan di Mount Pock dan Tanjung Nagus di Semporna sejak 1970-an dirampas dan diserahkan kepada anak syarikat Saham Sabah Berhad, Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd, TYT hanya berdiam diri, bagaikan cicak tertelan kapur! Siapakah lagi yang mampu disandarkan harapan untuk membanteras pembalakan haram atau melakukan kegiatan haram di kawasan berlesen sekiranya Jabatan Perhutanan, Polis, Tentera dan SPRM tewas di bawah ‘Jajahan Takluk’ Mikhael Aman yang kini berada di Melbourne, Australia sejak 4 April lalu untuk menetap di Negara Kangaroo setelah SPRM kini mengamalkan ‘Kangaroo Court’ dalam perbicaraan kes rasuah Michael Chia dan Loh Man Heng yang akan disambung pada 12 Mei 2010! |
No comments:
Post a Comment