Tuesday, June 1, 2010

MAHKAMAH SANDAKAN 'SELUDUP' MANUSIA?





Written by Admin
Friday, 02 October 2009 17:23

Oleh: HAFIZ ISMAIL

LELAKI paling berani di Malaysia, Michael Chia Tien Foh yang ditahan di Hong Kong bersama $16 juta dolar Singapura atas tuduhan melakukan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan, rupa-rupanya trauma dengan kamera dan menjadi Lelaki Paling Penakut di Malaysia.

Selepas pertuduhan dibaca semula dan kes rasuahnya ditangguhkan kepada satu tarikh, beliau bergegas meninggalkan mahkamah ke bilik Perpustakaan bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyorok di sana kerana bimbang gambarnya dirakam seorang Paparazzi tempatan yang diupah Sabahkini.net.

Jurugambar berkenaan membawa lensa panjang tidak mengejar Michael Chia dan hanya menunggu di pintu laluan masuk utama Mahkamah Sandakan sehingga jam 12.47 setelah perbicaraan ditangguhkan pada jam 11 pagi.

Misteri kehilangan Michael Chia akhirnya terjawab melalui teori 'Ada Wang Semua Boleh Jadi' apabila ada ‘Pegawai Kanan Mahkamah’ menyeludup beliau keluar menggunakan Landcruiser putih yang dipandu oleh ‘Raja Along Sandakan’ dengan bantuan seorang Pegawai Kanan Polis.

Mengikut Pelan Tata Atur Mahkamah Sandakan, terdapat tiga laluan untuk masuk dan keluar iaitu laluan utama untuk awam, peguam bela dan pegawai mahkamah; Laluan Belakang untuk Hakim dan Laluan bawah bangunan untuk Polis membawa penjenayah atau tertuduh.

Memandangkan Michael Chia diseludup keluar dengan bantuan Pegawai Kanan Polis, maka dipercayai beliau menggunakan laluan bawah sedangkan beliau sepatutnya keluar daripada pintu utama.

“Saya Nampak tadi pegawai polis naik kereta land cruiser putih bersama Raja Along dan terus ke ruang letak kereta bawah untuk menyeludup keluar Michael Chia kerana saya Nampak kepala dan baju beliau berbaring di tempat duduk belakang,” ujar seorang saksi yang mengikuti perbicaraan berkenaan.

No comments:

Post a Comment