|
Written by Admin |
Friday, 18 June 2010 00:31 |
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI RAJA Penggubahan Wang Haram Asia yang sebelum ini dikenali sebagai ‘The Untouchable’ dan diturunkan status Mafianya sebagai ‘The Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh telah dibebaskan setelah sepuluh hari dalam tahanan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya. Mr Underwear yang dibebaskan sekitar jam 10 pagi tadi masih berada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi dipercayai terpaksa membayar wang jaminan tunai sebanyak RM100,000 kepada SPRM sebelum dibebaskan. Bagaimanapun gundiknya, Yap Wai Lin @ Kiki Yap masih diburu SPRM kerana belum menyerah diri sekitar jam 8 malam tadi dan dipercayai masih bersembunyi di Peranchis sekalipun SPRM meminta bantuan Interpol untuk mengesan ‘The Incredible’ Kiki Yap. Mr Underwear telah diberkas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008 ketika cuba menyeludup keluar wang sejumlah $16 juta dollar Singapura dalam briefcasenya ketika mahu menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sejak daripada itu, Mr Underwear menjadi cukup popular sehingga peminatnya membuat blog khas, http://duntouchable.blogspot.com untuk merakamkan seluruh kejayaan 'Mr Underwear' selama ini. Persoalannya, siapakah target SPRM seterusnya kerana antara mereka yang dikehendaki ialah Pengurus Besarnya, Frank Han Kang Kong; Akauntannya Lim Sie Eng; Pengawal Akaun Peribadinya, Thomas Yong selepas seorang akauntannya, Wong Siau Yee diberkas SPRM pada 8 Jun 2010 lalu? Namun berita yang amat mengejutkan diterima daripada Koresponden Sabahkini.net di Keningau, bahawa sekitar jam 3 petang tadi Ketua Pengawal Peribadi Mr Underwear, Chan Mun Bang @ Sai Pao yang sebelum ini pernah dipenjara selama empat bulan di Peranchis kerana kes penipuan Kad Kredit; kini berada di Tambunan untuk bersembunyi di sebuah rumah yang agak terpencil kerana beliau turut diburu SPRM kerana terlibat dengan rangkaian penggubahan wang haram, kongsi gelap dan along. |
No comments:
Post a Comment