Tuesday, June 15, 2010

THE TOUCHABLE UNDERWEAR DIREMAN 5 HARI LAGI





Written by Admin
Monday, 14 June 2010 16:32

BEBAS.... Mampukah Mr Underwear menumpaskan SPRM yang diketuai oleh Pak Abu setelah berjaya menjinakkan 'Tok Mat' sejak 2008?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MAHKAMAH Majistret Putrajaya hari ini meluluskan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung tahanan reman ‘THE Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh bagi tempoh lima hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.

‘Mr Underwear’ yang ditangkap selepas Skuad Jet Pejuang F 16 TUDM memintas jet peribadinya yang dalam penerbangan ke Hong Kong dan dipaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Jun 2010 adalah yang pertama ditahan melebihi lima hari setakat ini.

Lanjutan tahanan reman ini menyebabkan keluarganya yang berkampung di luar Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, Melvin Yeap dan John Chia terpaksa terbang kembali ke Sandakan melalui penerbangan jam 3.25 petang tadi; bagaimanapun 15 pengawal peribadinya masih kelihatan berlegar di kawasan letak kereta berdekatan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sehingga kini, SPRM masih memburu gundik Mr Underwear, Yap Siaw Lin @ Kiki Yap yang dipercayai berada di Sicily atau di Toulouse Peranchis kerana kali terakhir menggunakan kad kredit di sebuah restoran di Les Jardins de l'Opéra yang terletak di Toulouse.

Walaupun hampir kesemua rangkaian yang disyaki terlibat dengan Mr Underwear telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM50,000 seorang, namun SPRM masih belum membuat sebarang pengumuman atau kenyataan akhbar berhubung kes berprofail tinggi ini.


No comments:

Post a Comment