Tuesday, June 1, 2010

SPRM ‘BERKAS’ KRONI MUSA AMAN?





Written by Admin
Wednesday, 12 May 2010 10:42

Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM

GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘memberkas’ dua orang kroni Musa Aman, Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.

Kedua-dua mereka ‘diberkas’ pada malam semalam bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup keluar 16 juta dollar Singapura dalam ‘briefcase’nya ketika berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.

Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net, Freddy dan Andrew Lim membayar Michael dan Musa Aman (McMA) melalui Wayco Enterprise Limited setelah McMA diberi konsesi pembalakan melalui Melur Azim Sdn.Bhd, Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd termasuk membeli balak Yayasan Sabah melalui Mujur Bakat Sdn Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd.

Sabahkini.net telah mendedahkan kegiatan Mikhael Aman ini melalui artikel MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA? dan beberapa kes lain yang boleh disemak di arkib Sabahkini.net.

Tindakan tergesa-gesa SPRM menangkap Lim bersaudara ini mungkin akibat tertekan kerana bimbang imej Malaysia akan tercemar sekiranya kes berkenaan dibicarakan pada atau selewat-lewatnya 20 Mei 2010 di Mahkamah Hong Kong.

Walaupun sebelum ini SPRM memberkas beberapa kroni Musa Aman dan mereka yang ada kaitan dengan kes Hong Kong, namun siasatan hanya ala kadar; namun arahan terbaru daripada Perdana Menteri dan SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjaya baru begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut rasuah paling memalukan di Sabah.

Kesungguhan Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull membuka kembali fail siasatan 81 DALIL Musa Aman yang difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merupakan tamparan hebat kepada Musa Aman yang berada di ambang kegelinciran kuasa.

Mengikut siasatan Sabahkini.net sebelum ini, semua pembalak yang mendapat konsesi pembalakan atau kontrak membeli kayu balak Yayasan Sabah akan membayar wang kepada Mikhael Aman; yang kemudiannya akan menyuci wang tersebut melalui akaun Richard Barnes.

Richard Barnes yang menjadi Pemegang Amanah Musa Aman akan menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukkan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di Central Bank Hong Kong. Sebahagian wang RM100 juta yang diterima telahpun ‘dicuci’ kembali ke Sabah dengan pembelian tanah di Sutera Harbour yang kini dikenali sebagai d'Banyan residency @ Sutera.

Setiap pembalak atau pembeli balak dikehendaki membayar RM50 bagi setiap meter padu terutama Mujur Bakat Sdn.Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd; manakala pemilik syarikat yang diberikan konsesi Yayasan Sabah dikehendaki membayar RM3,500 sehektar bermula daripada Melur Azim Sdn.Bhd (Kuamut), Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd (Pinangah), Kilang Papan Sinora yang diberikan 5,000 hektar di Hutan Simpan Tangkulap (Kota Kinabalu).

No comments:

Post a Comment