Tuesday, June 1, 2010

"THE UNTOUCHABLE OF THE UNTOUCHABLE"





Written by Admin
Wednesday, 19 May 2010 03:09

Oleh: ABDUL RAHMAN ADAM LEE

PENANGKAPAN empat ‘Tokoh Terpenting VVIP’ yang menjadi ‘Ikon Balak’ Sabah; Andrew Lim, Freddy Lim, Dato' Admond Looh dan CL Tan bukan sahaja membuktikan ‘The Untouchable of The Untouchable’ benar-benar wujud, malah menjadi semakin kebal atau mempunyai imuniti.

Seorang penjenayah ‘Money Laundering’ terkenal, Michael Chia Thien Foh yang sebelum ini ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008 bersama 16 Juta Dollar Singapura telah memberi maklumat terperinci kepada ICAC bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ didepositkan ke akaun peniaga dan pemimpin kanan Sabah.

Michael Chia dan Sai Pao @ Chan Mun Bang yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan tetap berbangga kerana beranggapan dan kelihatan masih kebal untuk disentuh SPRM dan agensi kerajaan Malaysia!

Amat wajar dan sesuailah mereka digelar ‘The Untouchable Of The Untouchable!’ kerana masih berani membuang masa berhibur di D’Mask Karaoke, Bandar Indah Sandakan, ketika keempat VVIP berkenaan disoal siasat di Putrajaya berhubung segala kejalangan yang dilakukan Michael Chia selama ini.

Michael Chia secara bongkak telah mengumumkan secara terbuka di D’Mask Karaoke dan di beberapa restoran terbuka bahawa beliau terlalu banyak wang dan telah ‘membeli’ Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membebaskan keempat VVIP balak yang ditangkap SPRM minggu lalu.

Mungkin ada agenda sulit kenapa SPRM yang bersusah payah mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya selama lima hari tetapi penahanan Andrew dan Freddy Lim dipendekkan kepada tiga hari sahaja; mungkin selepas 'tembolok' SPRM disumbat dengan hasil daripada Penggubahan Wang Haram?

Persoalannya, selepas pembebasan keempat-empat VVIP balak berkenaan atas arahan Michael Chia ‘The Untouchable of The Untouchable’, apakah kes kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Hong Kong akan ditutup?

No comments:

Post a Comment