Tuesday, June 1, 2010

MIKHAEL AMAN LEBIH BERKUASA DI YAYASAN SABAH?





Written by Admin
Wednesday, 31 March 2010 22:37

DINASOUR.... Dinasour Chong (kiri), Michael Chia dan Khalil, bagaikan Three Stoogies dalam industri pembalakan di Sabah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

WALAUPUN penampilannya selekeh dengan rambut ‘ala fa chai’ dan sekali sekala seperti ‘Dragon Ball’ namun adik angkat Ketua Menteri Sabah, Michael Chia @ Mikhael Aman kelihatan lebih berkuasa daripada Pengerusi Yayasan Sabah, Tan Sri Khalil Jamallul.

Dokumen perjanjian yang dimaterai di antara pembalak atau pemegang konsesi dengan Yayasan Sabah atau anak syarikatnya sama ada ICSB atau Rakyat Berjaya atau Benta Wawasan senang diubah atau ditambah tanpa notis oleh Mikhael Aman yang bertindak sebagai ‘Orang Tengah’ atau digelar ‘Right Arm Musa Aman Investment’ (RAMAI).

Walaupun sebelum ini, Musa Aman mengakui tidak mengenali Michael Chia selepas terbongkarnya kes penggubahan wang haram di Hong Kong; namun Pengerusi Yayasan Sabah, mengakui mengenali Michael Chia dan tertuduh kedua, Loh Man Heng sebagai Kontraktor ICSB.

Khalil yang disapena pendakwaraya sebagai saksi dalam kes perbicaraan rasuah di hadapan Majistret Elsie Primus, ketika memberi keterangan di Mahkamah Sandakan mengakui mengenali Michael Chia; yang kelihatan masih resah di kandang tertuduh setelah penat melarikan diri daripada buruan lensa kamera jurufoto Sabahkini.net.

Kata Khalil, beliau memang mengenali dan sering berurusan dengan Michael Chia dan Loh Man Heng selain daripada Chong Siak Nyen, nominee Datuk Agus Hassan kerana mereka mempunyai urusan iaitu antara majikan dan kontraktor dan pemegang konsesi.

Bagaimanapun kata Khalil, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Michael Chia yang mendakwa menjadi ‘orang tengah’ atau konsultan bagi pihak Yayasan Sabah kerana semua urusan tertakluk kepada kontrak yang dimaterai.

Ketika ditanya Pendakwaraya, Kevin Morrais sama ada Michael Chia mempunyai sebarang kuasa membuat tiga syarat khusus sebelum lesen pembalakan dikeluarkan kepada Peluamas Sdn.Bhd, Khalil berkata, “Tidak”.

Bagaimanapun, semua pembalak atau pemegang konsesi yang ditemui sebelum ini mengakui bahawa mereka terpaksa berurusan dengan Michael Chia sebelum berjumpa Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong untuk urusan yang melibatkan konsesi pembalakan Yayasan Sabah.

Michael Chia dikatakan menetapkan beberapa syarat tambahan seperti yang dikenakan terhadap Peluamas Sdn.Bhd sehingga menyebabkan pemilik sebenar Peluamas Sdn.Bhd merasa tertipu dan membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa kepada penangkapan Michael Chia dan Loh Man Heng.

Perbicaraan kes berkenaan yang disebut semula pada 1 Oktober 2009, kedua-dua tertuduh, Lo Man Heng dan Michael Chia tidak mengaku salah dan perbicaraan yang diadakan pada 25 dan 26 Mac 2010 akan disambung kembali pada 12 hingga 15 Mei 2010.

Berikut adalah kertas pertuduhan terhadap Michael Chia dan Lo Man Heng;

BAHAWA kamu, dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,000

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.

No comments:

Post a Comment